Pages

Sunday 2 November 2014

Ubati stress dengan senyuman manis

Selalu stress? Cuba senyum.. Tak boleh juga? Jangan Risau ada Petua untuk Senyum


Assalamualaikum semua, senyum jangan tak senyum. tenguk saya, minum ESP pun tersenyum je..( malu kita ). Senyuman itu sangat manis, walaupun tanpa letak gula.hehehe. oleh itu, senyum la selalu. jangan asyik duk masam je muka. Awak stress orang sesekeliling lagi stress. Macam mana nak senyum sokmo. meh sini koi bg petua, boleh aok praktikkan ( semangat Pahang lebih sikit.. Menang kan..heheheh..)


Petua senyum dan sentiasa ceria

1) sentiasa berfikiran positif

haaa. sentiasa positif. sangat susah bagi seseorang  untuk sentiasa positif. selalu sangat fikiran negatif itu datang sehingga membuatkan kita bersedih selalu dan berfikir yang bukan-bukn walau pun tiada apa yang berlaku pun. Jika kita sentiasa negatif, kita akan selalu kalah dan tidak akan berjaya dalam hidup. yelah, kalau kita sentiasa negatif, senyuman dekat muka kita akan hil

2) sentiasa memaafkan orang lain

Bila maafkan orang, apa kita rasa? tenang je kan. rasa sakit hati pun tak ada. bila hati tenang, hidup pun ceria justeru mudah lah untuk kita senyum sentiasa

3) sentiasa senyum walaupun dalam keadaan sedih kerana ia mampu memberi anda galakkan untuk melupakan kesedihan itu.

kenapa kena senyum bila sedih? sebab kita taknak layan sangat perasaan sedih itu. kalau kita senyum, bersama kawan-kawan, perasaan sedih itu akan hilang dengan sendirinya. Selain daripada itu, senyum dapat memberikan kita semngat kembali. buat apa nak kenang perkara yang sedih dan dah lepas. betul tak?

4) jangan terlalu terbawa masalah yang dialami

jangan terlalu terfikir sangat masalah itu. tapi jangan pula tak fikir langsung. kena fikir untuk cari jalan penyelsaian tapi jangan menjadikan masalah itu sebagai penghalang anda untuk melakukan aktiviti harian anda.

Petua ceria by Dato Dr Fadzilah Kamsah

 

 pengedar Shaklee anda

Nadia Majid

Id Shaklee: 1068003

No tel/ Whatapps: 0199728071

fb page: www.facebook.com/ceriavitaku

email: ceriavita@gmail.com

 

1 comment:

Apa pandangan korang? kongsilah.. sharing is caring tau