Pernah tak korang check korang punya kulit jenis apa? Adakah NORMAL? KERING? BERMINYAK?
Korang kena tahu tau. PENTING sangat-sangat ye uolllllsssss.
Berdasarkan keadaan kulit kita semasa adalah penentu kepada jenis produk apa yang akan kita guna. Kalau kita tersalah pilih produk, MASALAH sangat-sangat.
ATTENTION TO ALL WOMEN AND MEN WHO CARE ABOUT THE FACE ESPECIALLY YOUR SKIN. UOLLLLLSSSSS MUST! READ THIS UNTIL END TAU
Kulit kering iailah yang cik na akan fokuskan dalam entry kali ni.
Kulit Kering
Kulit kering tidak merupakan masalah serius TETAPI ia akan mempercepatkan kedutan di muka kita. Cuba bayangkan kita berumur 20 tahun tetapi nampak macam 25 tahun, means you look 3 years old than your age.
Simptom
Terdapat beberapa simptom yang akan kita rasa bila kulit kita semakin kering dan kita berpotensi untuk mendapat kulit kering. Ini adalah beberapa contoh yang boleh cik na dapat berikan
- Kulit terasa dan kelihatan kasar
- Kulit retak selalunya kalau dekat muka mengelupas. (OMG! takutnya kulit muka mengelupas)
- Kulit terasa kesat terutama selepas mandi
- Kulit mudah terhiris
- Kulit kemerah-merahan
Ngerikan kalau macam ni. Kalau cik na pun. tak sanggup nak keluar. kulit wajah paling kita jaga sekali kan. Yela wajah kan menggambarkan diri kita pada pandangan pertama.
Penyebab terjadinya kulit kering
Terdapat beberapa penyebab yang cik na tahu yang menyebabkan kulit kering ini terjadi. ( disaster je rasa kan) bagi menangani maslah kulit kering, kita perlu tahu dahulu penyebab kulit kering.
Antara penyebab dia adalah
Cuaca
Cuaca yang paling ketara sekali yang menyebabkan kulit akan menjadi kering. Kenapa cuaca? cuaca di Malaysia panas dan lembab kan. Bila kita mengalami musim panas, humidity udara kurang, air dalam badan mudah tersejat. Kulit kita memerlukan kelembapan untuk mengekalkan keadaan dia yang moist je. Kalau badan kita, kurang air, makna kulit kita pun akan kekurangan kelembapan. Maka, terjadilah kulit kering.
Haba danPersekitaran
Haba dan persekitaran adalah faktor utama bagi yang menetap di bandar. Kerana persekitaran yang trcemar dan terbentuknya pulau haba meyebabkan kuit memberi kesan kepada kering. Untuk haba, haba seperti kita tahu adalah sesuatu yang tinggi suhunya, tak kisah lah haba apa tapi panas lah. Macam cuaca jugak. Kalau badan kita kurang air, maka kulit kita juga akan kekurangan kelembapan. Persekitaran juga yang panas serta kotor akan menyebabkan kulit muka memberi kesan negatif seperti terjadinya kulit kering.
Penggunaan penjagaan muka yang tidak sesuai
Yang ini, cik na sendiri mengalaminya. Cik na kulit normal. tak kering dan tidak berminyak, Just nice. :). Lepas tu, cik na tak reti sangat piih produk penjagaan wajah ni. Apa yang cik na rasa mcam best je, macam berkesanan je, macam famous je. Cik na pun beli lah tanpa tahu apa pengkhususan produk tersebut. Sebab kulit normal macam tak susah sangat nak pilih produk. TETAPI apa yang cik na pikir tu salah tau. Cik na ada beli satu produk ini, untuk kulit berminyak. Cik na beli kerana kawan cik na pun beli jugak so, nak pakai sama-sama la. Cik na beli pencuci muka sekali ngn toner dan pelembap. Sekali pakai je, esoknya muka cik na mengelupas dekat hidung. Nasib baik esoknya tu cuti, tak payah lah nak keluar bilik kan. Terus cik na tak pakai. Takut nanti kulit cik na menjadi kulit kering ( SAYA TAK NAKKKKKK). kesimpulannya di sini, pilih lah produk penjagaan muka yang sesuai dengan kulit korang. Jangan lah ikut macam cik na. sumpah menyesal gilerr. Nasib baik ada senjata rahsia. heheheheheh. kulit ku sudah kembali kepada normal da.
Cara menangi kulit kering
- Sentiasa memakai pelembab kulit
- Kalau ada mist, sembur lah selalu dekat muka
- Pakai produk penjagaan muka yang sesuai dengan jenis kulit korang
- kurangkan terkena cahaya matahari
- Pakai payung atau topi jika berada di tempat yang panas
- Minum air yang secukupnya
- Selalu lembabkan kulit seperti pakai mask sebelum tidur
- Pakai krim malam. selalunya krim malam untuk melembabkan kulit. Oleh itu, sesuai lah ye
Yang itu sahaja dari cik na, Nanti jumpa lagi ye saya
Sharing is caring,
Cik Na in The House
kakiblog2 44p · 516 weeks ago
p/s :Happy blogwalking from admin blog>>> mrhanafi.com
Nadia Majid · 516 weeks ago
jari manis · 510 weeks ago