Pages

Friday, 21 November 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki

Solat Dhuha

Solat dhuha dan cara melaksanakkan
Solat dhuha

Assalamualaikum semua,

Solat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu pagi. Banyak kelebihan yang boleh diperolehi dengan menjadikan solat dhuha sebagai rutin seharian. Jika sebelum ni tak pernah langsung buat solat dhuha, apa kata kali cuba buat. Bila kita sudah mencuba dan berjaya buat sekali. Cuba pula buat untuk semnggu. Bila dah berjaya buat seminggu, cuba pulak untuk sebulan. Selepas sebulan amalkan, in sha Allah kita akan rasa nak buat selalu. Bila tak buat solat dhuha rasa macam tak lengkap je seharian. 

Banyak sekali yang menhubungkaitkan amalan solat dhuha dengan murah rezeki. Jika kita ambil tahu cerita orang yang berjaya dalam perniagaan ke dalam kehidupan ke, amalan yang mereka tidak akan tinggalkan adalah solat dhuha. Kalau orang yang sudah berjaya pun masih dan terus mengamalkan solat dhuha, kita yang masih belum mempunyai apa-apa ni tak nak buat?  Kita semua nak sangat dimurahkan rezeki kan? Selalu minta dalam doa supaya murah rezeki. Kan lagi baik kalau kita tambahkan dengan mengamalkan solat dhuha. saya sendiri pun masih lagi memperbaiki diri dan saya juga ingin jadikan solat dhuha sebagai rutin harian saya. Apa yang saya buat? Mula-mula perlu lah mula dengan cuba mengetahui bagaimana cara melaksanakan solat dhuha.

Cara melakukan solat Dhuha

1) mengambil wuduk dengan sempurna

2) membaca lafaz niat solat dhuha

cara solat dhuha

3) Membaca surah Al-Fatihah

4) sunat untuk membaca surah As-Syam untuk rakaat pertama dan adh dhuha untuk rakaat kedua.


Surah As syam
Surah As Syam

surah Ad dhuha
Surah Ad Dhuha

5) membaca doa solat dhuha

Doa murah rezeki

 

Kalau tak boleh nak ingatkan, macam susah je nak ingat. Saya pun susah jugak nak hafal doa ni. Lepas tu saya cari dekat youtube. Jumpa doa dhuha. sekali dengan terjemahan lagi. Best sangat dengar dan senang untuk kita menghafal. Yang dengar dari group UNIC

 

Haa.yang ni la saya buat masa mula-mula hafal. Selalu dengar video ni. Dalam seminggu tu dah boleh da hafal dengan lancar. =). kalau bagi sesiapa yang susah nak hafal macam saya ni. boleh la gunakan cara ni.

 

Waktu menunaikan solat dhuha


Waktu untuk menunaikan solat dhuha adalah seeloknya pada saat matahari naik antara pukul 9.30 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. Pengiraan waktu Solat dhuha adalah 28 minit selepas waktu syuruk. Sebagai contoh waktu syuruk di serdang adalah pada pukul 7. 02 pagi. Jadi 7. 02 pagi tambah 28 minit akan jadi 7.30 pagi. Mula dari 7.30 lagi solat dhuha sudah boleh dilakukan.