Pages

Monday 13 October 2014

Penyelesaian PEHA BESAR

Assalamualaikum semua..

malam pula saya membuat entry. banyak sikit kerja siang tadi,.. apa apa pun. saya tetap akan melawat dan mencoret sedikit catatan pada blog yag dicintai ini. Mesti semua dah bacakan tajuk kepada entry saya kali ini.. Sebelum itu saya nak tanya siapa punya peha macam ni?



 teringin tak nak jadi macam peha ni.




Saya teringin dan nak sangat-sangat peha macam group korea ni. Sebab dorang bukan mempunyai kaki yang kurus seperti kaki ayam yang tiada bentuk langsung. Tetapi kaki mereka sangat cantik. Besar pada tempat yang sepatutnya dan kecil pada tempat yang sepatutnya. Di sebabkan teringin sangat nak ada peha dan betis yang menawan  ( malu la pula .. tapi takpe la nak share kan ).. saya sudah menemui cara yang sangt praktikal dan mudah untuk kita amalakn untuk memiliki kaki yang cantik

Mari kita mula dengan langkah yang pertama

1) anda harus lah mempunyai " kerusi bayangan"
- kerusi bayangan adalah kita menganggap kita duduk atas kerusi. ek macam mana la pula? ok cuba tenguk gambar di bawah






macam tu ye semua kerusi bayangan.. Anda sandarkan badan pa dinding dan turun kan pada anda seperti hendak duduk dan berhenti pada tahap anda rasa anda dah duduk pada kerusi itu. paham ke idok? kalau ta paham, ekot je macam gambr tu buat ye. Senaman ini sangat memerlukan kesabaran tau. sebab bila anda melakukan senaman ini and hanya mampu bertahan selama beberapa saat sahaja kemudian kaki anda akan berasa lenguh. bgi permulaan, mulakan dengan beberapa saat yang anda mampu bertahan dan kemuadian naikkan saat tersebut kepada minit. lakukan sebanyak 5 kali sehari. In sha Allah dengan usaha anda dan kesabaran anda. apa yang diimpikan akan diperolehi. :)

2) pakai kasut tinggi

-yeayy!!! Akhirnyar dapat juga cari kebaikan memakai kasut tumit tinggi ini. Nak tahu kenapa dengan kasut tumit tinggi. sebab kasut tumit tinggi mampu membina otot kaki anda dan membentuk menjadi struktur kaki yang sangat cantik. Tapi kan, jangan la melebih tau. Yelah kan saya cakap pakai kasut tinggi bagi kaki cantik, tapi kalau duk paki 5 6 inch tu tak ke menyakitkan diri. ke tinggian yang direkemankan adalah sebanyak 2 inch sahaja ye.. jangan melebih nanti postur anda tak sihat. tak cantik la kiranya. dan tak sihat Ingat tau 2 inch n below sahaja no higher than 2 ok?




3) Senaman mengunting

bukan kita ambil gunting tau, tetapi senaman menggunting. caranya
1) baring di atas lantai ( beralas ke tidak ekot keselesaan anda ye )
2) letak tangan di sisi
3) angkat kaki ke atas ( lebih kurang 45 degree.. ekot anda la.. jangan tegak sangat jangan jatuh sangat just nice... jangan la pulak ukur angle bagi tetap 45.. it just assumption)
4) naikkan kaki kanan tegak ke atas manakala kaki kiri trun sedikit ke bawah.. tapi jang abagi kaki kena lantai tau
4) ualangkan pergerakkan kaki yang sama seperti tadi bersilang-silang. kanan atas kiri bawah . kiri atas kanan bawah dan begitu sehingga 12-15 per set





4) Senaman pusingan bulatan

macam mana senaman ini dilakukan? tenguk gambar rajah di bawah..





paham tak dari gambar rajah itu? baik lah saya akan terangkan ye. yang kain di kaki berwarna kuning tu ignore je ye. Cara -cara nya

1) baring secara mengiring di atas lantai
2) jadikan lengan anda sebagai bantal dan satu lagi letak di lantai di hadapan perut anda
3) angkatkan kaki ke atas setinggi mana yang boleh ( angkat kaki je tau tanpa menggerakkan sebarang anggota badan yang lain)
4) lakukan pusingan jam pada kaki yang diangkat sebanyak 5 kali
5) kemudian ulang dengan mengiring pada sebelah lagi satu dan ikut step seperti tadi
6) lakukan sebanyak 10 set ye kalau boleh ( bolehkan lah diri anda.. kata nak kaki cantik kan kan kan )


ada 4 senarai senaman untuk mengecilkan peha yang telah saya kongsikan. Boleh la amil dan amalkan untuk dapatkan kaki yang cantik. senaman kecilkan peha perlu dilakukan secara konsisten dan bersungguh-sungguh. dan sampai berjaya jangan sekerat jalan je tau. tidak ada hasil yang dapat diperolehi tanpa sebarang kesusahan. Selamta mencuba!

1 comment:

  1. Alamak! Peha saya besar :( kena try ni exercise... terima kasih sharing

    Jom Baca Tentang: Kelebihan Esktrak Biji Anggur

    ReplyDelete

Apa pandangan korang? kongsilah.. sharing is caring tau