Pages

Thursday 30 October 2014

Berat naik Selepas penat BERDIET

DIET Yo-Yo

Assalamualaikum semua,

Siapa tahu apa itu diet yoyo? yoyo adalah sejenis hiburan atau mainan yang ada tali ditengah dan apabila dilantun ia turun ke bawah dan naik semula dan proses turun naik itu berlaku secara berulang-ulang sampai la yoyo itu berhenti sendiri. Daripada penerangan saya mengenai yoyo, dapat tak anda memahami apa itu diet yoyo? Diet yoyo adalah pengamalan diet yang menambah berat badan bagi pengamal kerana diet yang tidak mementingkan jisim otot. Secara ringkas dapat diterang melalui contoh ini.

Sebagai contoh milah. Milah berhasrat ingin menurunkan berat badan. Milah mengambil konsep diet yang cepat nampak kurus. Apabila berat yng diimpikan tercapai, Milah pun berhenti berdiet dan menjalan kehidupan dan pengambilan seperti biasa. tidak berlebihan dan tidak berkurangan. Seperti biasa sebelum milah cuba berdiet. Namun, berat badan Milah bertambah lagi banyak selepas mengamalkan balik cara pemakanan sebelum mula-mula berdiet. Berat badan meningkat maka milah pun berdiet lah sekali lagi mengikut diet yang diamalkan sebelum itu. selepas berdiet untuk kali kedua, berat badan milah makin naik. dan proses berdiet itu pun berulang-ulang. berat badan turun naik turun naik seperti yoyo.

Definisi Diet yoyo

"Yo-yo dieting or yo-yo effect, also known as weight cycling, is a term "yo-yo dieting" coined by Kelly D. Brownell at Yale University, in reference to the cyclical loss and gain of weight, resembling the up-down motion of a yo-yo. In this process, the dieter is initially successful in the pursuit of weight loss but is unsuccessful in maintaining the loss long-term and begins to gain the weight back. The dieter then seeks to lose the regained weight, and the cycle begins again."

source: http://en.wikipedia.org/wiki/Yo-yo_effect

penerangan/ penjelasan

Diet yoyo atu juga dikenali sebagai kitaran berat merujuk kepada kehilangan dan peningkatan berat badan yang turun naik seperti yoyo. Dalam proses berdiet, individu akan berjaya menurunkan berat badan tetapi tidak mampu untuk mengekalkan berat badan yang telah dicapai dalam masa yang panjang. kemudian, berat badan pun bertambah dan individu tersebut akan mengulangi diet tersebut balik bagi menurunkan berat.




Terjadinya diet yoyo kerana?




Dua gambar rajah di atas menerangkan bahawa diet yoyo terjadi apabila metabolism badan seseorang menurun. Metabolism adalah sangat penting untuk penghasilan tenaga dan pembakaran lemak. Apabila seseorang mengamalkan program diet yang tidak mementingkan jisim otot tetapi mementingkan luaran akan mengalami diet yoyo ini.  Diet yang tidak sihat tanpa mengambil sebarang protein, otot akan semakin mengecil dan lemak tidak kurang malah bertambah. Apabila kita berdiet atau ingin mengurangkan berat badan, kita ingin membakar lemak/membuang lemak yang banyak. Tetapi cara diet yang salah tidak akan dapt mengurangkan pon sedikit lemak malah menambahkan lagi jisim lemak Oleh yang demikian, anda pilih lah diet yang mementingkan kesihatan otot anda dan elakkan daripada mengamalkan diet yoyo. Jika anda merasa diet anda adalah seperti yoyo, maka ubah la sebelum anda susah untuk turun berat badan. semasa proses penurunan kesabaran adalah amat penting. Jika anda inginkan kesan cepat maka kesan tersebut akan cepat hilang. think ye? pilih yang terbaik untuk diri anda. kerana DIRI MU BEGITU BERHaRGA.




Saya pengedar Shaklee di seluruh Malaysia

Nadia Majid

Id Shaklee: 1068003

No tel/ Whatapps: 0199728071

fb page: www.fecebook.com/ceriavitaku

email: ceriavita@gmail.com

3 comments:

  1. Memang ramai yang mengamalkan diet yoyo ni..
    kelebihan zinc complex

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dengar istilah diet yoyo tu tapi memang ramai orang biasa buat diet ni tanpa mereka sedari.

    ReplyDelete

Apa pandangan korang? kongsilah.. sharing is caring tau