Pages

Saturday 25 October 2014

Kenali Senggugut

Kenali Jenis-jenis Senggugut dan Penyebab kepada Senggugut


Assalamualaikum semua, wanita dan senggugut tiada pisahnya. Tapi tak ada lah semua wanita mengalami senggugut ini. Yang tidak mengalaminya sangat2 la best. saya ada seorang kawan memang langsung tidak pernah merasai senggugut ini.. sangat jeles dengan dia. Saya cuba korek Rahsia dari dia. Alhamdullilah.. saya dapat..=D.. so, saya akan kongsikan di entry ini

Pengenalan

Sebelum masuk ke lebih detail lagi kan. lebih baik kita kenali dahulu senggugut ini..Apa dia senggugut? bila senggugut itu berlaku? senggugut ada berapa jenis? haaaa. jom tahu.. penting untuk wanita..

Seggugut adalah sakit yang sering dialami oleh kaum wanita. Senggugut biasanya terjadi semasa wanita sedang dalam haid. kebiasaannya, sebelum datang haid dan beberapa hari selepas kena. yang ini bergantung pada individu itu sendiri. Ada yang sebelum dan ada yang pada hari pertama period. Senggugut ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu senggugut PRIMER dan senggugut SEKUNDER .

SENGGUGUT PRIMER
 biasa dialami oleh remaja perempuan tetapi tidak mempunyai patologi pada pelvis dan rahim. dan ia juga berlaku kepada wanita yang masih subur

SENGGUGUT SEKUNDER
senggugut ini adalah disebabkan oleh patologi pelvis dan rahim. Ia selalunya berlaku kepada wanita yang sudah berumur dan masih subur

Tanda-tanda

Berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami masalah-masalah seperti di bawah

  1. Sakit di bahagian bawah perut. kesakitan yang dirasai boleh merebak ke belakang dan di bahagian peha.
  2. berasa loya
  3. cirit-birit
  4. sakit kepala
  5. pening
  6. letih 
  7. sakit belakang
EXTRA INFO:

senggugut primer hanya berlaku dua hari yang pertama dan kesakitan itu akan berkurang jika haid semakin berkurang
Senggugut sekunder mempunyai tanda-tanda seperti senggugut primer tepai kesakitan itu berpanjangan. saya akan senaraikan tanda-tanda jika anda mempunyai senggugut sekunder
  1. pendarahan yang bertambah banyak
  2. lelehan pada faraj
  3. haid yang tidak tetap
  4. kesakitan antara haid

Petua untuk senggugut

  1.  petua elakkan senggugut --- petua ini menggunakan bawang merah. bawang merah dihiris halus-halus dan masukkan hirisn bawang tadi ke dalam air panas dan minum..
  2. Tuam dengan air panas ---- yang ini saya biasa buat. saya masak air bila da mendidih, saya letakkan dalam botol. kemudian balutkan dengan kain.. sebab botol tu panas..melecur kang kulit perut i.. then tuam kan ke bahagian rahim.. kebiasaannya, darah akan keluar dengan banyak dan cair.. selalu bila saya buat ni, saya akan tertidur.. sebab rasa selesa sangat dan sakit da kurang

 

Saya pengedar Shaklee

Nadia Majid

Id Shaklee : 1068003

No tel/ Whatapps: 0199728071

fb page: www.facebook.com/ceriavitaku 

3 comments:

  1. Jika datang period ..senggugut nie meman g mengancam...nasib baik sekarang saya dah ambik vitamin Gla Complex dari shaklee....senggugut yang selama ini ada..tak lagi mengganggu saya.

    ReplyDelete
  2. oh..senggugutpun ada jenis-jenis ya.. thanks for the info :D

    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.

    btw done follow here, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete

Apa pandangan korang? kongsilah.. sharing is caring tau