Pages

Friday 8 August 2014

AWAS! INFO VITA C YANG WAJIB TAHU

APA ITU VITAMIN C?

Vitamin C merupakan vitamin larut air ataupun water soluble vitamin bermaksud badan kita tidak menyimpannya. Tetapi kita perlu mendapatkannya daripada makanan, termasuk buah-buahan sitrus, brokoli dan tomato.

KENAPA BADAN KITA PERLUKAN VITAMIN C?

Vitamin C diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian tubuh manusia. Vitamin C juga membantu badan dalam membuat kolagen dan protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligamen, dan saluran darah. Vitamin C juga diperlukan untuk menyembuhkan luka dan membaiki serta mengekalkan tulang dan gigi.

Vitamin C merupakan antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis.

VITAMIN C BANYAK TERDAPAT DALAM BUAH-BUAHAN BERIKUT :




PENTING !!! PERLU TAHU..


Vitamin C adalah sangat sensitif kepada cahaya, udara, dan haba. Oleh itu, jika ingin mendapat  kuantiti vitamin C yang tinggi, digalakkan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah atau dimasak ringan.