Pages

Tuesday 19 May 2015

Tomato Tomato Tomatoes

Assalamualaikum semua,

Siapa sini suka makan tomato? Cik na dulu tak suka tomato. Dia kan lembik-emik gitu. Cik na tak suka benda-benda yang lembik2. Tapi bila je tahu yang tomato ni kan banyak khasiat dia untuk kulit kita. Teruih tau paksa diri ni makan. Tak suka juga lah mula-mula tu. Tapi lama-lama sedap jugak masam-masam dia. Sebab tak ada lah lembik sangat dan tak masam sangat. Just nice kan. :)

Disebabkan itu, Cik na nak kongsikan pasal apa yang ada dekat Tomato ni.

Apa ada pada TOMATO?



Hehe. macam tajuk lagu lak pulak. Ada apa dengan cinta~~~~. selingggan jab naaaa. Ok. Tomato tu apa? Tomato secara general merupakan sayuran yang berbiji dan tidak berdaun. Betul tak? 



ini adalah tomato segarrrr

Tomato adalah sejenis sayuran

Tahu kan semua yang tomato ni dari sejenis sayuran. Sayuran yang tidak berdaun tetapi sayuran berbuah. Nama saintific bagi tomato ialah Tycopersicon Esculetum. Tomato ini kebiasaannya, orang malaysia makan mentah je. Macam buat salad atau dalam burger kan. kalau yang masak kita selalu letak dalam kari kan. Hmmmmm. sedapnya kari. ( lapaq lah pulaq. hahahaha ).

Kita semua jenis tak berapa minat sangat makan sos tomato kan sebab dia tak pedas malah masam. betul tak? cik na pun tak makan sos tomato tak sedap. huhuhuhuhu

Khasiat tomato

Tomato kaya dengan zat besi, serat, vitamin A dan vitamin C. Kesemua khasiat tersebut diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. Selain dari 4 tu, banyak la y tomato ini ada. tomato juga mengandungi kalsium, potassium, fructose, asid folid, kalsium dan garam mineral.


Kandungan antioksidan bergandung pada warna

Sayur ada pelbagai jenis warna setiap warna tu ada perbezaan khasiatnya. tomato ini berwarna merah ada yang berwarna oren kan. Kehadiran warna merah itu adalah disebabkan lycopene tu. Tahu tak, semakin merah tomato tu semakin tinggi lycopene semakin tinggi lah antioksidan dalam tomato tu. so, pilih yang merah-merah ye. :)


So, makan bebanyak tomato ye. Dan kalau nak lagi cantik rajin2 kan lah diri buat masker guna tomato ye. Kalau sesiapa yang suka sangat nak pipi kemerahan semulajadi. pakai tomato yang dah dilenyekkan dekat pipi sekerap mana yang korang rajin. Sehari sekali. 2 hari sekali ke Kalau kita nak cantik kena rajin kan.


Sharing is caring
Cik Na in The House