Pages

Monday 27 April 2015

BAHAYA kulit tanpa MELANIN

Assalamualaikum semua,

Orang Malaysia terutama perempuan mesti teringin atau suka nak kulit putih, betul tak? sebab mentaliti orang Malaysia memikirkan kalau kita ada kulit cerah cantik. Yela sampai ada kawan cik na tu nak pilih calon bini pun nak yang kulit putih. Ingat yang kulit gelap sikit tak boleh buat bini ke?! Biar lah kan citarasa orang.

Begitulah sebab kenapa perempuan Malaysia terutama Melayu nak sangat ada kulit putih. Sebab nanti tak ada siapa nak. ( hmmmmmmm. jodoh itu di tangan Tuhan, kulit warna ungu sekali pun kalau dah tetapkan ada jodoh kahwin jugak.) tahu tak korang yang warna kulit kita tu tak kekal pun. Boleh je yang berkulit cerah menjadi gelap dan sebaliknya.

So persoalannya di sini, 

Macam mana adanya perbezaan warna kulit? 

Kenapa ada orang boleh putih dan orang boleh gelap? 

Kenapa warna itu tidak kekal pada seseorang?


Perbezaan warna kulit

Warna kulit ada beberapa kategori, kalau macam Melayu kita berkulit sawo matang (macam kuning-kuning gelap sikit), India pula berkulit gelap sikit dan Cina berkulit putih kuning. Kita ambil masyarakat Malaysia yang besar je ea. Kenapa boleh terbahagi macam tu, sedangkan kita duduk dengan kawasan yang sama, cuaca yang sama dan pemakanan yang sama.

Ini adalah kerana genetik kita, kalau keturunan kita semua bersawo matang. Maka bersawo matang lah kulit kita. dan sehubung dengannya.

Orang boleh putih dan boleh jadi gelap

Pernah dengar tak pasal melanin?

Melanin

Melanin adalah pigmen yang memberikan warna kulit dan rambut dan melindungi terhadap radiasi UV.
 kredit to http://kamuskesehatan.com/arti/melanin/.

Melanin ini merupakan sati zat protein yang menentukan warna kulit seseorang. Warna kulit ini selalunya dikaitkan dengan UV. Semakin kita banyak berjemur, semakin gelap warna kulit kita. Itulah hypotesis yang perempuan buat. Sebab tu perempuan tak suka kena panas. Bukan mengada ke gedik ke tapi tak nak hitam hehehehehe. Apabila kita banyak berjemur atau kena banyak cahaya matahari maka kulit kita akan menghasilkan melanin bagi menghalang sinaran UV yang berbahaya itu.

Warna kulit tidak kekal pada seseorang.

Cik na pernah terbaca satu artikel pasal ini. tak ingat dah tajuk apa dan dari mana terjumpa. Artikel tu berkisahkan sepasang kembar yang dibesarkan di 2 kawasan tempat yang berlainan. yang tua di bawah ke tempat beriklim sejuk dan yang muda di bawa ke tempat yang beriklam khatulistiwa. Mereka kembar yang sama muka tetapi dibesarkan di tempat yang berlainan.

Hasilnya selepas beberapa tahun, kulit yang berada di kawasan iklim sejuk putih sedikit dan di iklim khatulistiwa gelap sedikit. Yang ini telah membuktikan bahawa yang warna kulit bergantung kepada cuaca di tempat kita.Walaupun mereka kembar seiras tetapi boleh nampak perbezaan ketara apabila dibesarkan di tempat yang berlainan.

Sebab itu, warna kulit tidak kekal pada seseorang. Sebab itu, banyak produk pencerahan kerana warna kulit boleh di"pilih" sama ada cerah atau gelap.

BAHAYA kulit tanpa MELANIN

Untuk mendapatkan kulit yang cerah, bilangan melanin perlu dikurangkan. Semakin sedikit bilangan melanin dalam kulit, semakin cerah warna kulit seseorang. Banyak produk pencerahan yang mengurangkan bilangan melanin untuk mendapatkan kulit yang cerah

TETAPI

apa yang akan terjadi kalau kulit kita tak ada melanin langsung atau terlalu sedikit? sinaran UV tidak dapat dihalang daripada terkena kulit. dan akhirnya mengakibat KANSER KULIT. TAKUT TAK?

bahaya tau kulit tanpa melanin ni. Kita yang ingin berkulit cerah tidak salah memang itu kehendak masing-masing. TETAPI berpada-pada lah ea. Jangan sampai melarat diri itu,

NAK CANTIK?PERLU CANTIK DARI DALAM. KALAU DALAM CANTIK, KESIHATAN TIP TOP, MASALAH KULIT MEMANG TAK ADA. MASALAH KULIT ITU MUNCUL KERANA BADAN KITA BERTINDAK BALAS TERHADAP BENDA YANG TAK ELOK DALAM BADAN KITA.

PESANAN PENAJA: KALAU NAK CARI PRODUK PENCERAH TANPA PENGELUPASAN YANG SELAMAT, JIMAT, BEST, BERKESAN, DAN TIADA SIDE EFFECT. BOLEH LAH CUBA SET NUTRIWHITE. SUPER DUPER BEST TAU. BOLEH LAH PAKAI CERAH DAN SELAMAT DARI KANSER KULIT.

Sharing is caring
Cik na in the house,