Pages

Sunday 17 May 2015

Tak boleh pakai GINCU Kerana BIBIRKU

Assalamualaikum semua,

Maybe entry kali ini lebih berfokus kepada wanita. Hehehehehe. ofcoz la, sebab cik na nak cakap pasal gincu dan bibir. Tapi sekarang ni, laki pun pakai gincu jugak kan. Tapi bukan semua lah ada segelintir shaja. Ok, kepada sesiapa yang memakai gincu tak kira perempuan atau jantina. korang kena ambil tahu ni

Masalah kesihatan bibir dan cara mengatasinya

jangan ingat badan kita je kena bersih tau. Bibir pun satu bahagian yang kecil di muka kita pun perlu kita jaga. Sebab BIBIR kita adalah 50% kecantikan dari muka kita. Senyuman korang tu, yang sangat manis tu. dari BIBIR la tu. 



Cantik tak dia sengih?
Cantik kan? cair semua orang. hehehehe. Pernah tak korang terfikir apa beza sengih dan senyum? Sengih tu macam yang atas tu, nampak gigi. Kalau senyum tu, tak nampak gigi. Antara dua2 jenis senyuman ni, apa yang ada di antara dua-dua ni? YES!! BIBIR ye. gigi penting jugak. tapi rasanya semua dah tahu macam mana nak jaga kesihatan gigi kan. Takpe. nanti entry akan datang cik na akan tulis kecantikan gigi pulak ye. 

Bibir sihat vs bibir tak sihat

 

Perbezaan bibir yang sihat dengan bibir yang tak sihat mudah je nak kenal pasti. Kita sendiri boleh rasa sama ada kita selesa atau tidak dengan keadaan bibir kta. Kalau badan kita kurang air, bibir kita akan kering, kemudian dia tegang dan akhir sekali mengelupas dan berdarah dan kita pun rasa sakit. 

Ada beberapa cara yang boleh tentukan dan kenalpasti sama ada bibir kita sihat atau tak

 

Warna Bibir


Warna bibir dipengaruhi oleh tahap kesihatan kita juga. Tapi kadang-kadang bergantung kepada apa yang kita rasa. Kebiasaannya, warna bibir bergantung kepada warna kulit kita. Jika kulit kita cerah, maka bibir kita akan berwarna pink-pink gitu. Kalau kulit gelap sikit maka gelap lah sikit bibir tu.

Bagi memudahkan cik na nak terangkan, cik na ambil contoh bibir pink ye. Bila ibir kita sihat, warna bibir itu akan menyerlahkan warna bibir asli korang. tak payah nak pakai tint ke lipbalm ke apa ke, bibir itu sendiri yang akan menonjolkan sendiri. Kalau warna bibir yang tak sihat, adalah warna bibir yang kusam ada tompok-tompok merah (sebabkan luka pada bibir). Bila bibir kita mcam ni, agak-agaknya kan comel ta kalau kita senyum? hmmmm. ok jawab sendiri ye. 

 

Lingkaran hitam sekitar bibir


Siapa yang pernah ada atau yang sedang da lingkarang hitam sekitar bibir? Cik na dulu ada. Masa sekolah menengah. Hitam je keliling bibir tapi warna bibir pucat. so, memang jelas lah warn hitam tu. Malu tau. tak tahu nak sorok mana muka. Lingkaran hitam tu bergantung kepada seseorang. Macam cik sendiri yang pernah alami ni, lingkaran hilang sendiri apabila cik na mula berjinak-jinak dengan pemakaian mekap bibir seperti lipbalm, lipstik. Lingkaran hitam tu tak tahu lah kenapa maybe sebab bibir kita kurang sihat kot. Sebab cik na ni jenis tak makan buah ( jangan pelik ye) so, kurang sesuatu yang menyebabkan lingkaran hitam tu ada.

 

Bibir kering


Hari tu cik na ada cakap pasal kulit kering kan [klik disini] kali ni specific lagi iaitu bibir kering. Tahu tak bibir kering macam mana? Bibir yang kering adalah bibir yang mengelupas tu. sakit tau bibir yang mengelupas ni. Sakit sangat ( sangat memahani T.T ) .

 

Cara mengatasi

  1. Minum banyak air. Saya minum 3 liter air sehari. takpe gemuk air, sebab nnti puasa hilang lah semua air tu. yang ni cik na ada senjata rahsia ( nantikan ye entry nanti )
  2. sentiasa pakai lipbalm. Kalau waktu siang, pakai lah gincu yang melembabkan bibir. Waktu malam pulak pakai petroleum gel. 
  3. Bila nak cuci mekap, pastikan cuci sebersihnya di bahagian bibir. Sebab bibir perlu bersih jugak. Kalau tak bersih. nanti muncul mende lain pulak dekat bibir tu
  4. Jangan selalu menjilat bibir. Air liur kita mudah mengeringkan bibir. So, elakkan ye
  5. Nak bibir sexy? Selalu buat senanam bibir ye
  6. Itu shaja kot untuk kali ini

Sharing is caring
Cik na in the house