Pages

Monday 18 May 2015

Homemade Masker guna Nutrition

Assalamualaikum semua,

Suk tau pakai masker? Cik na pun suka sesangat pakai masker tapi kalau nak beli masker bagi cik na yang student ni tak berapa mampu lah nak pakai setiap minggu sekali. Tahu tak, keadaan cuaca kita yang panas, kita perlu setiap hari mengekalkan kelembapan kulit kita dengan masker. Setiap hari nak pakai masker agak susah lah untuk orang yang bekerjaya sebab perlu banyak bergerak dan jadual waktu yang tidak menentu. Betul tak?

Homemade Masker untuk Yang Tidak Mempunyai banyak masa




Bagi yang tiak mempunyai masa, memang perlu sangat-sangat menjaga muka kita. Sebab kita sentiasa sibuk pergi ke banyak tempat, sentiasa bergegas. kotoran mudah terlekat pada muka kita dan kelembapan mudah hilang kerana aktiviti seharian kita yang berbeza keadaan tempat dan persekitaran,

Ok, Cik na nak kongsikan bagaimana cara cik na buat homemade masker untuk masa yang sikat dan tidak perlu sentiasa baring semasa memakai masker. Boleh bergerak kemana saja. Bila buat kerja di rumah pun still lagi boleh pakai masker. ( Bila kita nak cantik, kita kena lah rajin kan)

 

Bahan-bahan untuk masker


Tajuk yang cik na tulis adalah nutrition. heheheheheh. Cik na guna supplemen iaitu vitamin C, vitamin E dan sedikit serbuk soya. Cik na memang pengguna tegar produk Shaklee since cik in 19 lagi. Memang yang ini la cik na suka. Kalau guna yang lain terpulang pada korang. Tapi cik na guna produk Shaklee yang sememangnya cik na yakin ia akan selamat jika sapu di muka

  1. Sustained Release Vita C
  2. Vita E Complex
  3. ESP ( serbuk soya yang cik na kata tadi. tapi kalau korang tak ada esp. jangan pakai serbuk soya yang biasa tau, BAHAYA. kalau pape terjadi cik na tak bertanggungjawab ke atas anda ye) 

 

Proses pembuatan homemade masker


Yang ini ambil masa paling lama 5 minit. Selalunya cik na buat sekejab je. Sekejab tu berapa lama tu tak check lah pulak. Tapi memang sekejab jelah.

  1. ambil Sustained Release Vita C then hancurkan ( cik na tekan guna sudu,. tapi kena tekan kuat-kuat). Hancurkan bagi jadi serbuk
  2. ambil Vita E Complex, cucuk kapsul tu untuk mengeluarkan Vitamin E tulen tau. Kalau dekat luar nak beli minyak vitamin E memang tersangat-sangat mahal. Tapi Vita E Complex ni murah je. Boleh makan dan buat masker lagi tu. Jimat sangat kan
  3. Campurkan vitamin C yang telah dihancurkan ke minyak vitamin E yang telah dikeluarkan dari kapsul tu.
  4. Kacau bagi sebati. Kemudian, letak sedikit je ESP dalam campuran tadi.
  5. Dah siap

 

 

Cara pemakaian


Cara pemakaian dia senang sangat. Semudah A B C. hehhehhe
  1. Pastikan muka bersih dari mekap atau sebagainya
  2. basuh muka dengan air bagi kulit kita lembab
  3. Jangan lap selepas basuh tu. urut-urut sikit dengan tangan bagi air tu meresap.
  4. Lepas tu sapu lah yang masker kita dah buat tu
Senangkan. Lepas dah sapu tu buat lah apa kerja yang korang nak buat. Nak duk nak baring nak membaca nak membasuh kain nak minum air nak bercakap nak berborak semeua boleh buat. Cik Na selalu nya basuh bila cik na rasa kulit dah tegang. Biasanya dalam 10 minit gitu


 Lepas tu, kulit cantik ooooo. lembab dan licin dan pori kecil. Mudah kan buat masker ni dalam 15 minit je kulit kita dah kembali cantik. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada korang semua.


Sharing is caring
Cik na in the house