Pages

Thursday, 11 August 2016

Cik Na to Nia Nadia

Hai Uollss

Bagi yang sesiapa selalu membaca dan mengikuti blog ni. Sebelum ni saya selalu membahasakan diri sebagai cik na namun cik na adalah sesuatu nama yang sangat meluas digunakan oleh itu saya telah menukar kepada Nia Nadia. I hope this name will be my brand name and when people say nia nadia i know they talk about me.

That all for me.
wait for my new post. In shaa Allah will update frequently and lot of thing i wanna share in this blog. see you soon.

Wednesday, 10 August 2016

Perlu pilih dengan BETUL kalau tidak nahas!!!



Cara memilih produk penjagaan wajah yang betul


Setiap orang inginkan kulit yang sihat gebu lembab terutama pada kulit muka. Pelbagai jenis dan jenama produk penjagaan wajah yang ada di pasaran. Boleh pilih sama ada ingin produk keluaran tempatan mahupun luar Negara. Tetapi bagaimana hendak membuat pilihan tepat dalam memilih produk penjagaan wajah? Sebelum itu, cik na akan senaraikan kesan yang terjadi pada wajah anda jika tersalah memilih produk penjagaan wajah

  • Kulit mengelupas
  • Kulit kering
  • Kulit berjerawat batu
  • Kulit bernanah
  • Kulit kemerah-merahan

Situasi seperti diatas akan dihadapi oleh anda jika tersalah memilih produk penjagaan wajah. Wajah merupakan suatu eset yang penting bagi wanita dan juga lelaki. Oleh hal yang demikian, ia perlu dijaga dengan baik sekali.

Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pemilihan

1-      Mengkaji dahulu jenis wajah anda


Kenali jenis kulit anda sama ada kering, berminyak ataupun kombinasi. Kenali jenis kulit adalah langkah yang paling utama sekali. Jika anda kulit jenis kombinasi tetapi anda memilih produk kulit kering maka kulit akan menjadi kering. 

2-      Mengetahui keperluan kulit anda


Periksa apa yang kulit anda bermasalah, jika kulit anda jenis berminyak maka wajah anda mudah untuk menghadapi jerawat, namun jerawat pun ada beberapa jenis. Oleh itu penting untuk ketahui apa keperluan wajah anda.

3-      Menkaji dahulu produk yang diingini


Selepas mengetahui apa jenis kulit anda pasti sudah jumpa produk yang bersesuaian. Namun, pelbagai jenis dan jenama yang anda perlu teliti. Jika produk tempatan tidak bermaksud tidak bagus dan jika produk luar Negara tidak bermaksud. Pertama sekali anda perlu lihat kesan buruk apabila menggunakan produk tersebut. Bukan apa produk bukan tidak elok tetapi apabila anda teliti dahulu apa penyebab kegagalan mendapat wajah yang sihat dengan produk tersebut. Oleh itu anda akan tahu yang mana elok dan yang mana tak elok.



Harus diingatkan bahawa setiap pemilihan produk penjagaan adalah risiko anda sendiri. Tidak semestinya jika ia elok untuk rakan anda harus elok untuk anda. BERHATI-HATI dalam memilih produk penjagaan wajah. Dan INGAT dan TAHU apa risiko yang anda akan dapat sama ada positif atau negative


Jika anda bertanya pada cik na apa produk yang dicadang kan, cik na Cuma menggunakan nutriwhite. Nutriwhite adalah produk yang agak terkenal. Dan ramai yang telah memberi testimoni yang berpuas hati selepas memilih produk ini.Jika anda mempunyai kulit kering /berminyak. Enfuselle adalah pilihan yang terbaik yang memang khusus untuk jenis kulit itu. Tetapi jika anda masih ingin mencuba nutriwhite apa salahnya. Cik na akan bagi tahu bagaimana cara pemakaian bai kulit kering dan kulit berminyak.



Saturday, 19 March 2016

GIVEAWAY by RosNordin

http://merosnordn.blogspot.my/2016/03/g-i-v-e-w-y-by-ros-nordin.html 

Jom ramai masuk give away ni. hadiah dia best. mana tahu rezeki kita ke menang hadiah tu. heeee

Make up Remover yang Bagus

Assalamualaikum semua,

Siapa suka mekap sini? mesti ramaikan hehehhe. kalau tidak takkan korang jumpa entry ni. Hanya yang pakai mekap sahaja akan mencari entry pasal make up remover yang bagus kan. Haaa, cik na pun salah seorang tu jugak. walaupun cik na ni tak ada lah bermekap sangat setakat pakai bedak compact and foundation n lip balm sikit, tapi cik na tetap akan cuci muka dengan make up remover dulu sebelum cuci dengan pencuci muka. Bukan apa just nak make sure yang semua bedak-bedak apa2 yang ada dekat kulit muka hilang. Kalau tak hilang nanti kulit kita tak sihat nanti macam-macam timbul jerawat la apa la, so nak cantik kena rajin ye.



Okay dah penat dah cik na membebel, kita sambung ye. boleh tak korang jawab soalan cik na ni, "Dalam banyak-banyak make up remover, make up remover apa yang paling bagus?"

Mesti banyak jawapan yang korang bagi kan bergantung kepada make up remover apa yang korang guna. betul tak? tapi cik na nak kenalkan korang dengan make up remover yang laing bagus, best, mencerahkan kulit, tip top , dabommb. ape lagi eak. hahahah. seriously memang terbaik punya lah

Nak tahu apa?

Wednesday, 16 March 2016

Nasi Kukus Seri Serdang

Assalamualaikum semua

Siapa suka nasi kukus? nasi kukus ni nampak je macam simple je. yela ada nasi ayam timun sambal belacan dan kuah kari. simple sangat tapi simple ni pun ada yang sedap tau. Cik na tak sempat nak ambil gambar asi kukus yang cik na makan semalam. Sedap sangat sampai lupa nak bt pe ingat makan je. hehehehhe. so kita ambil dekat pakcik google jela ye. sebab macam suram je entry tanpa gambar kan. Terima kasih nohhh, pinjam gambaq sat.



Cik na ni tak reti sangat nak komen2 pasal makanan ni. Semalam ada orang belanja makan so, dibawanya ke gerai kecil je tepi jalan. Gerai yang jual nasi kukus.

Perhhhh, terboekk lah, ayam sedap kuah sedap sambal belacan dia kaw kaw punya. Kalau yang tak pernah datang SS mesti tak kenal gerai ni. Gerai tu selalu penuh orang time peak hour.

Kawasan gerai itu dekat tepi jalan je. berderet kedai2 yang ada dekat situ. ada jual cendol, air dan macam lagi la. Kiranya kalau gi situ complete la, ada dessert, main menu. cuma kena pindah-pindah kedai lah. heeee.

Wednesday, 9 March 2016

Collagen Powder : Suami terkejut pulang ke rumah, isteri tiada Part 1

Assalamualaikum semua,

Hai, bertemu balik kita. hehehe, rindu tak? (perasannya). Sebelum ni cik na dah berkongsi tentang rahsia keremajaan. Kalau nak tahu apa yang cik na kongsi kan, ce cuba try cari jom jadi 25 tahun lagi muda. haaa. nanti korang tahu lah rahsia tu, cik na bagi yang terbaik punya.

Kali ni nak kongsi pasal collagen powder. Bila cakap pasal kolagen ni, haaa mesti semua ingat kulit jadi hilang kedutan, kulit jadi flawless, kulit jadi cerah, kulit jadi angal. dan macam-macam lagi lah. betapa tingginya orang pandang pada kolagen ni kan. betapa tinggi nya kesan kolagen sampai semua orang cakap yang baik-baik je.



TETAPI HARUS INGAT, UNTUK MENGAMBIL KOLAGEN PERLU TAHU YANG INI, penting!!!

Tuesday, 8 March 2016

Jom jadi 25 tahun lagi muda, Part 4

Assalamualaikum semua,

Sekarang kita di Part 4. banyak betul part. hehehe. tak pe setiap part padat dengan perkongsian yang sangat bermakna dan berguna untuk mereka yang ingin kelihatan muda. Kalau nak baca part-part sebelum ni, boleh klik di bawah ye.



Baiklah, meneruskan dari part 4, yang mana cik na kongsikan mengenai empat cara vivix mengatasi penuaan. Iye hanya 4 cara sahaja. Jika korang mengambil satu sudu vivix sekali sehari, sel-sel korang akan mengalami 4 mechanism penuaan dari peringkat sellular. Bayangkan, vivix ini membaiki keremajaan kulit kita dari peringkat sel lagi. haaa, dalam terus dia pergi. tak mainlah dekat2 kulit je. hehehe

Apakah yang 4 mechanism tu? bagaiman setiap satu echanism itu berfungsi. Sebelum kita masuk ke perincian yang dalam baik kita ketahui dulu bagaimana penuaan terjadi pada peringkat sel.