Setiap hidangan yang diambil setiap hari harus mengandungi sumber protin seperti ayam, ikan dan daging. Namun sumber protin bukan sahaja boleh diperolehi dari ayam, ikan, daging malah pelbagai jenis tumbuhan dan makanan yang membekalkan protin.
![]() |
google.com |
Tahukah anda
bahawa protin merupakan ‘basic building block’ untuk organ, hormon dan enzim
dalam badan kita. Tanpa protin yang secukupnya, badan kita tidak mampu untuk
berfungsi dengan baik.
Protin datangnya
daripada sejumlah bilangan amino asid. Amino asid terbahagi kepada dua iaitu
asid amino perlu (essential amino acid) dan asid amino tidak perlu (non
essential amino acid). Asid amino perlu adalah asid amino yang diperolehi
melalui pemakanan kita. Terdapat Sembilan asid amino perlu yang penting iaitu Leucine,
Isoleucine, Caline, Histidine, Methionine, Lysine, Phenylalaine, Threonine and
Tryptophan. Asid amino tidak perlu adalah asid amino yang dihasilkan sendiri
oleh badan.
![]() | |
google.com |
Protin boleh
didapati daripada pemakanan sama ada dari sumber haiwan ataupun tumbuhan
(sayuran dan kekacang). Protin yang dari sumber haiwan mempunyai paras lemak
dan kolesterol yang tinggi. Manakala, protin tumbuhan mempunyai paras lemak dan
kolesterol yang rendah. Dengan mengamalkan protin berasaskan tumbuhan, peluang
tinggi untuk mengelak daripada mempunyai tekanan darah tinggi dan penyakit
jantung.
![]() |
google.com |
Di kalangan
tumbuhan, kacang soya membekalkan kesemua Sembilan asid amino perlu yang perlu
diambil oleh setiap orang setiap hari. Selain itu, kacang soay juga merupakan
sumber penting untuk vitamin B dan mineral yang sangat baik untuk kesihatan.
Tidak mustahil kacang soya mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang protin
berasaskan haiwan tidak dapat berikan.
![]() |
google.com |
Tetapi ini tidak
bermaksud kita tidak boleh mengambil sebarang protin berasaskan haiwan. Boleh
tapi kita perlu menjaga pengambilan kita. Sebagai contoh selalu mengambil
daging putih (ayam) daripada daging merah (daging). Pengambilan ikan juga
sangat bagus kerana ikan mempunyai protin rendah lemak dan kaya dengan OMEGA
-3.
Sekian,
Sharing From Nia Nadia