Resepi DIET yang SEDAP
Berdiet kena makan makanan yang tak sedap?
Assalamualaikum semua,
Kebiasaannya orang akan beranggapan apabila kita berdiet, kita tidak boleh makan makanan yang sedap semua makan yang membosankan dan tidak lalu. kira nya makanan itu, kalau tak terdesak kita takkan ambil. tu anggapan orang je la. Tapi sebenarnya kalau kita nak berdiet boleh je nak makan makanan yang sedap malah lagi sedap daripada makanan yang dimakan sebelum berdiet. Ini adalah bergantung pada kreativiti kita dan pengetahuan kita mengenai kandungan khasiat, lemak, kalori dan nutrien dalam sesuatu makanan. Bila kita tahu, maka senang lah kita untuk menyediakan makanan yang enak semasa diet.
Sebelum masuk kepada resepi, jom kita berkenalan dengan makanan yang berkhasiat dan lazat.
1) Tomato
Tomato mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ianya amat sesuai untuk melancarkan sistem pencernaan badan kita.
2) Ayam dan Ayam belanda
Ayam belanda dan ayam sangat sesuai untuk orang yang sedang berdiet kerana rendah lemak dan sumber protein tinggi
3) Buah beri
Mengandungi atioksidan yang tinggi. kalau suka dan gemar mengambil pencuci mulut, boleh bertukar kepada makan buah beri
4) Sayur hijau
sayuran hijau penuh dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita. Orang yang sedang berdiet memang digalakkan untuk memilih sayuran hijau. Kuantiti pengambilan terserah kepada individu sendiri.
5) Timun Jepun
Timun zukini adalah salah satu jenis sayur yang berkalori rendah dan boleh dimasak dengan pelbagai cara.
6) Asparagus
Sejenis sayuran hijau yang mempunyai kalori rendah, kaya vitamin A dan folat. Asparagus memang sedap, boleh dipanggang dan dimakan dengan hidangan lain.