Pages

Monday, 10 November 2014

Meransang Otak dengan

Meransang otak si manja sejak bayi

Assalamualaikum semua,

excited bila cakap pasal bayi. hehehe. bukan apa, nak belajar perkara-perkara penting sebelum bergelar ibu. Meransang otak sejak bayi adalah penting untuk mengaktifkan otak si manja untuk mengenal sekeliling selain menguatkan jalinan antara ibu dan anak. Terdapat beberap kaedah yang biasa digunakan. Saya sewaktu jaga adik bongsu, mak selalu bagitahu bercakap lah dengan adik tu, dia paham je apa yang kita cakap. saya pun fikir, kenapa la nak bercakap dengan bayi ni. pelik-pelik. Akhirnya, hari ini baru paham selepas mencari cara meningkatkan daya ingatan anak genius kerana...........

10 aktiviti yang meransang otak bayi sehingga 3 tahun

1) menggalakkan aktiviti di luar rumah

- Biarkan mereka melihat alam sekitar. kenal pokok kenal tanah, kenal rumput, kena binatang, Bila mereka nampak semua itu, kita kenalkan setiap satu kepada mereka. Bila kita bagitahu, otak mereka akan aktif kerana ia merangsang visual dengan melihat, menyentuh dan pendengaran deengan apa yang anda cakap

2) menggunakan percakapan yang mudah

 

-mengulangi perkataan yang mudah supaya ank anda mudah mengikut. yang ni salah satu cara mempercepatkan anak anda untuk bercakap. Adik bongsu saya macam tu, tiap2 hari mak bercakap dengan dia, abah dan saya juga. cepat juga dia bercakap ( teringat balik comel dia masa mula-mula bercakap. hehehe. yang ini je pengalaman saya menjaga bayi..in sha Allah selepas berkahwin nanti boleh la buat dekat anak sendiri )

3) menggunakan sentuhan

 

-kebiasaannya bayi kalau kita letak tangan macam high five dekat dia, mesti dia sambutkan. macam ni. Aktiviti ni dapat merangsang otak bayi tau. Kerana bayi akan takut kepada benda yang tak kenal. macam kita jugak la.  bila baby sentuh tangan kita maksudnya dia tak takut dah dengan kita so kita boleh la bermain. Kalau yang bayi lagi, kalau letak jari dekat tangan bayi, dia akan genggam sekuat-kuatnya. Selalu la ye, sentuh bayi anda =D. boleh juga lakukan senaman bayi

4) menggunakan ikatan kekeluargaan

 

-biarkan anak-anak yang lain bermain sekali dengan baby sambil diperhati oleh kita. Bila anak-anak yang lain main dengan baby, anak-anak lain akan timbul rasa sayang dekat baby dan baby pula akan mengenali adik beradik dia yang lain.

5) berikan anak anda pilihan

-pilihan yang macam mna?maksudnya beli mainan yang berwarna warni dan berbeza bentuk. Bila bermain dengan anak anda. bagi mereka membuat pilihan mainan. biar mereka memilih. bila memilih ia dapat merangsang otak anak anda.