Pages

Tuesday, 11 November 2014

Say no to "KULIT KUSAM"

Kulit Kusam? Kulit Bersisik? Mahu ke kulit macam ni?

Assalamualaikum semua,

Ngerikan bila ada kulit kusam bersisik lagi. Aduh, fikirkaan saja pun dan buat takut. Kita mestilah taknak kan kulit macam ni. Tetapi kalau yang bermasalah seperti ini," hilangkan kekusaman dengan sepantas kilat. takpercaya? jangan tekan. " dan "tak percaya kulit di dah jadi berseri, guna apa la tu." . Pelbagai produk di pasaran yang dapat menyelesaikan masalah ini, tetapi ada yang berkesan ada jugak tak berkesan. boleh juga kalau yang ingin mencuba produk semulajadi. bagus untuk kulit dan berkesan. Tetapi, kita ambil yang paling mudah je la ye. Iaitu homemade set pencerahan. haaaa, boleh buat sendiri set pencerahan ni( tak ada la set, tapi produk pencerahan lah )

Ini adalah perkongsian yang saya kongsikan bagaimana nak hilangkan kulit kusam dan kering dan bersisik

Homemade masker

1)Campuran timun dan susu

cara buat: 

1 sudu makan dan 1 sudu susu, dicampurkan kedua-dua


Cara pemakaian

Sapukan pada wajah kemudian biarkan selama 30 mins atau sampai dikering dan bilas dengan air suam. boleh menghilangkan kekusaman kulit wajah

2) kacang kuda

 Cara membuat:

kisarkan kacang kuda yang kering ( tidak dibasuh tidak dimasak lagi )
campurkan dengan sedikit air


Cara pemakaian

Sapu dimuka seperti masker dan biarkan kering kemudian bilas dengan air. boleh menjadikan kulit licin dan putih

3) Betik

 Cara membuat:

hancurkan betik sehingga menjadi halus. kalau pekat sangat campurkan air sedikit. kalai tak nak campur pun, ikot la

Cara pemakaian

Sapukan dimuka. biarkan sehingga kering. kemudian bilas dengan air. sesuai untuk menanggalkan sel kulit mati.

4) Avokado


 cara membuat

hancurkan buah avokado

cara memakai

sapukan ke muka, biarkan sehingga 30 min dan bilas dengan air. sesuai untuk kulit kering.

5) yogurt dan tomato

 cara membuat

hancurkan tomato sehingga hancur dan licin

cara memakai

sapukan ke muka dan biarkan sehingga kering. bilas dengan air. bagus untuk kulit kering.