Perkara penting sebelum beli supplement berasaskan minyak ikan
Assalamualaikum semua,
Adakah anda sudah sedia maklum bahawa minyak ikan baik untuk badan kita? kalau tak tahu, tak apa saya akan ceritakan serba sedikit kebaikan minyak ikan kepada badan ikan.
Kebaikan minyak ikan
Minyak ikan yang tulen amat bagus untuk kesihatan yang sihat. Omega 3 yang terkandung dalam minyak ikan mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Oleh itu, Omega 3 mampu mencegah saluran darah daripada tersumbat. Selain daripada untuk kolesterol, omega 3 juga diambil untuk menurunkan berat badan. Hal ini kerana, Omega 3 mampu membantu badan memberi respon kepada hormon leptin. Hormon leptin adalah hormon yang mengawal nafsu makan kita. Justeru, kita terdorong untuk makan dengan sedikit berbanding sebelum ini. Omega baik untuk otak tau. yang mana dapat meningkatkan daya dan ketajaman minda seseorang
Pemilihan Minyak Ikan
1) memastikan cara pemprosesan
Sebelum membeli produk tambahan berasakan minyak ikan, perlu untuk mengkaji dan mengambiltahu cara penyediaannya. Melalui penyediaan ini, kita akan dapat mengenalpasti yang mana minyak ikan yang tulen ataupun yang tidak tulen. ketulenan minyak ikan sangat penting ye. Sebab apabila minyak ikan itu adalah tulen, kebarangkalian bendasing yang akan menrosakkan kesihatan ikan hilang. Jika tidak tulen, kita yang akan mendapat kesannya Kemudian, kenalpasti dahulu minyak ikan tersebut diambil dri ikan itu sendri ataupun dari hati ikan tersebut. lain tau minyak ikan dengan minyak hati ikan. Berhati-hati lah dalam membuat pilihan ye sayang semua
2) mengkaji dahulu jenis-jenis ikan yang digunakan
jenis ikan penting ye. Bukan sebarangan ikan yang mengandungi minyak ikan yang bagus. Pastikan persekitaran ikan tersebut adalah di lautan dalam sejuk. Ini adalah kerana ikan di lautan dalam sejuk mempunyai minyak ikan yang berkualiti. Bila ikan berkualiti maka minyak nya jugak berkualiti
3) mencari dan mendapatkan pandangan dari seseorang yang mahir dan tahu dalam minyak ikan
mendapatkan pandangan adalah jalan yang bagus untuk diambil. Maksudnya di sini kita bertanya kepada orang yang telah makan minyak ikan. kerana mereka lebih mengetahui daripada orang yang tak pernah makan minyak ikan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pandangan daripada penjual-penjual ataupun anda berjumpa nutritionist ke. Bergantung kepada anda.