Tip kahwin awal
Assalamualaikum semua,
Kahwin awal ni baik ke buruk? Sebenarnya ada baiknya dan buruknya. Kahwin awal ada banyak faktor yang menyebabkan perkahwinan di usia muda. Tapi bagi saya, nak kahwin awal ke lambat ke bergantung kepada individu tersebut. Macam saya umur baru awal 20 an. agak ramai la kawan-kawan sekeliling yang sudah berumah tangga. Bila tenguk mereka je, teringin juga nak berkahwin awal. Tapi mampu ke saya? haaa itu la persoalannya.
Ok, Jom kita tahu apa tip kahwin muda dan cara berdepan dengan ibu bapa
1) menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling.
2) Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak
3) Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik.
4) Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata.
5) Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga
6) Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar.
7) Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik
8) Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda
9) Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
Sumber: https://www.facebook.com/notes/agak%C2%B2-bile-kita-boleh-nikah/tips-kahwin-muda-dan-cara-berhadapan-dengan-ibu-bapa/336421383055963