Assalamualaikum semua..
Entry ini nak bincang perkara yang lain sikit dari entry sebelum sebelum ni. saya ingin berkongsi adakah terlampau kurus tidak sihat? jawapannya adalah ya. yes. memang tak sihat ye awk..
saya ada seorang kawan yang selalu kata dia gemuk tapi sebenarmya dia da kurus da pun.. Dia asyik nak berdiet tak makan sehari semata-mata nak kurus. katanya kurus ni cantik, kalau nak cantik kena kurus kiranya hubungkait di situ adalah semakin kurus semakin cantik. cantik kah?
anda nilai la sendiri ye. sebab cantik ini subjectif. Bagi kita tak cantik tapi bagi dia cantiknya. ok. yang tu saya tak nak bincangkan di sini. Terpulang pada individu tersebut ye. :)
Saya ingin menyentuh mengenai apa kesan kalau terlalu kurus. di bawah ini saya akan menyenaraikan apa kesan-kesan terhadap kesihatan si pemilik badan yang terlalu kurus
1) mudah keguguran dan menghadapi masalah kesuburan.
2) tulang menjadi rapuh
3) memendekkan umur ( yang ini saya pun tak pasti kerana hidup mati ini urusan Tuhan )
4) menyebabkan penyakit paru-paru
5) menyebabkan arthritis dan masalah jantung ( bukan orang gemuk je tau orang kurus pun macam tu )
6) tidak dapat menangani tekanan
7) mudah dijangkiti penyakit
8) badan lemah
Banyak lagi benornyer. tapi takpa la naksenaraikan 8 je. Sekarang da tahu kan apa masalah yang akan dihadapi jika terlalu kurus.
sekarang saya akan beritahu jalan keluar untuk meningkatkan berat badan.. menaikkan berat kepada yang lebih sihat dan ideal la bukan nye saya nak bagi anda gemuk pon.. :)
Mula-mula sekali pemilihan makanan
ambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi dan nutrien yang banyak. Supaya dapat mencukupkan nutrien yang tak cukup tu. lagi satu, makan perlu lengkap tau iaitu 5 kali sehari sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan terakhir sekali makan malam. Makan secara sihat ye. Insha Allah berat anda akan naik kepada ideal dan bukan kepada obes.
kemudian tidur secukupnya
tahu tak kita kena tidur berapa lama? 6 hingga 8 jam sehari untuk orang dewasa,. cukup-cukupkan lah waktu tidur anda jangan terlebih pulak ye. nanti jadi lain pulak.
Cukup kot saya bagi 2 cara untuk naikkan berat badan. jika anda nak yang mudah dan menyihatkan boleh la lawat link ini
ada kwan saya, dah ada anak, tapi masih kurus bawah 30kg.. sedih kan..
ReplyDeletejemput terjah blog sy www.cikvitamin.blogspot.com