Pages

Wednesday, 15 October 2014

Natural Beauty :)

Assalamualaikum Semua.

Natural beauty adalah kecantikkan semulajadi yang dimiliki oleh seseorang. Memang cantik tanpa mekap memang original je muka,






Semua wanita ingin cantik termasuk saya. Nak jugak cantik. Sebab itu, wanita sanggup buat apa je asalkan cantik. Dan kebetulan pula tema saya hari ini kecantikkan, so saya dengan sukacitanya nak berkongsi petua-petua yang saya dapat dari mak saudara saya. Mak saudara saya tu suka berkongsi mengenai petua-petua semulajadi ini. banyak sangat. ada yang saya ingat saya akan tuliskan dekat sini. kalau tak ingat tu saya akan tanya balik ye..


Petua rambut cantik.

Nak rambut yang sihat kena rajin tau.Mak saudara saya cakap kalau nk rambut lebat dan sihat guna daun bunga raya dan aloe vera. Masa rambut saya panjang dulu. saya selalu amalkan daun bunga raya dan aloe vera tu.. saya selang seli. hari pkai daun bunga raya lepas tu esok pakai aloe vera pula. kalau daun bunga raya tu ambil la beberapa helai ( banyak pun boleh ) dan bunga raya juga. Selepas itu, ramas-ramas kan daun bunga raya dan bunga raya dengan sedikit air sehingga lendir terbentuk. sapu lah pada rambut dan kulit rambut. Kemudian, aloe vera saya guna je pure aloe vera.. petik je dekat pokok mak tanam ( sokmo kena marah sebab pokok mak jadi tak cantik.. heheheheh )

lagi satu petuakan yang mak saudara saya bagi tahu macam mana tak nak bagi rambut kita dari beruban. rahsia dia pucuk pegaga. saya tak ingit sangat macam mana nak buat tapi setahu saya kena blend dlu dengan sedikit air lepas tu sapu dekat rambut. ( yang ini saya tak cuba lagi, dan mak saudara saya pun tak amalkan.. maybe anda boleh cuba untuk tahu menjadi ke tak sebab yang ini apa ya mak saudara cerita lah)




Petua Kuku berkilat

Suka tak kalau tenguk kuku kita berkilat? macam pakai pewarna kuku yang colourless tu. cantik tau saya pernah buat. tapi tak ade gambar la pulak. takpe2 nanti saya da buat saya tunjuk ye..:)
kalau nak kuku cantik, selalu pakai inai, sebab inai itu bukan saha mencantikkan kuku tapi menyihatkan kuku ( kata mak saudara saya la.)



Petua muka Putih

saya selalu amalkan yang ni, Air basuhan beras tu kita buat mandi kalau nak lagi wangi bole tambah kulit limau. yang ni berkesan kalau mula amalkan dari kecil lagi. saya mula amalkan dari darjah 6 alhamdullilah kesan dia tingkatan 2 kulit saya dan mula cerah..( perasan kulit cerah la pulak.. malu malu ).
boleh juga pakai masker, masker semulajadi . kalau nak pipi kemerah-merahan selalu buat masker tomato, tomato tu hancurkan kemudian tempek la dekat pipi ( yang ni saya malas giler nak buat, sebab tak suka bau tomato) boleh juga kalau nak sapu dekat semua bahagian muka. lagi satu na bagi kulit tegang, saya amalkan pakai putih telur, seriosly saya cakap lepas bilas je muka tegang sangat rasa best je lembut je kulit muka. TRY THIS marker. tak menyesal punya.





saya suka amalkan petua-petua semulajadi. yang saya tulis ada yang saya amalkan ada yang cuba diberitahu. Boleh la nak cuba petua-petua di atas. Semua semulajadi tak perlu bimbang. Selamat mencuba