Kurus Dengan Mandi Pagi
MANDI PAGI BOLEH KURUS???
|
mandi sebelum subuh |
Assalamualaikum Semua, percaya tak mandi sebelum subuh boleh kurus? suka betul saya pasal kurus. sebenarnya, saya sekarang tengah dalam proses untuk menurunkan berat badan. Sebab itu, setiap info yang saya dapat, saya share dekat sini. nanti orang yang macam saya yang sedang berdiet boleh ikut amalkan.:) sharing is caring. Jom kita baca kelebihan mandi sebelum subuh.
kelebihan mandi sebelum subuh
1) Mengamalkan Sunnah Nabi
-nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air waktu sebelum subuh dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. Haaaa, kan betul boleh kurus. Di samping kita mandi untuk kurus, kita juga dapat pahala amalkan sunnah Nabi. kalau boleh GRAP dua-dua lagi bagus kan?
2) Meningkatkan Kesuburan
-apabila mandi pagi, sejuk air pada waktu pagi boleh mendapat reaksi positif yang mana mendapat meningkatkan paras hormon testoteron pada lelaki dan estrogen pada perempuan. Siapa-siapa yang ingin menimbang cahayamata boleh la amalkan ye.
|
Add caption |
3) Mengurangkan tekanan / stress
-
suhu air pada waktu sebelum subuh dapat melancarkan peredaran darah dalam badan.Satu Kajian dari Virginia Commonwealth University mendapati air sejuk boleh meransang "titik biru" pada otak, sumber utama noradrenaline untuk badan kita. Noradlinaline adalah bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan. Yang ni untuk diri saya dan sesiapa yang selalu stress. In sha Allah, akan diamalkan.
Sebelum ini, mak cik saya selalu cakap, mandi sebelum subuh boleh awet muda, mak cik saya kata ' air sulung'. mengenai ' air sulung' air yang saya paham lah adalah air pertama kali keluar pada waktu pagi untuk hari itu. mak cik saya kata banyak juga khasiat nya. boleh sihat boleh cantik kulit segar kulit bermaya. thank to my aunty. always share her secrets. dan saya pun share dengan anda.
Karut. Berdusta atas nama Rasulullah haram dan berdosa.
ReplyDelete