Pages

Tuesday, 21 October 2014

Proses Penuaan?? Wajib baca..

Setiap orang takkan dapat lari daripada melalui proses penuuan..Ketahui proses-prose penuaan dan petua mengatasinya

langkah mengatasi penuaan
proses penuaan

Assalamualaikum semua, saya semasa mengodek-godek pasal petua cantik ini terjumpa pula penuaan ini.. curious nak tahu.. yela setiap orang akan melaluinya.. nak tak nak cepat lambat akan lalui juga..

Apa itu penuaan ?

Penuaan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu penuaan psikologi, penuaan sosiologi dan penuaan fizikal

Penuaan Psikologi

Usia yang semakin meningkat, tubuh badn kita akan melalui banyak perubahan di mana perubahan tersebut menggugat kesihatan secara psikologi. Penuaan psikologi ini adalah apabila seseorang itu menjadi pelupa, mudah keliru, runsing dan gelisah

Penuaan Sosiologi

Apabila usia semakin meningkat, seseorang yang jarang berinteraksi dengan masyarakat akan merasa diri mereka tidak berperanan dalam masyarakat. kalau kita sebagai anak, perlu lah selalu membawa ibu bapa keluarge berjalan-jalan, sentiasa meluangkan masa bersama. Ini dapat membuatkan mereka merasa diperlukan dan dikasihi. Siapa yang tak suka dikasih dan diberi perhatian kan? jika kita masa kecil ibu bapa selalu memberi kasih sayang kepada kita, bila kita sudah besar tanggungjawab kita pula untuk memberi kasih sayang seperti mana mereka berikan kepada kita dulu. Saya teringat satu iklan dekat tv, satu pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil dua orang tinggal bersama bapa mereka. Bila waktu makan, bapa mereka tidak makan dengan sopan, tumpah-tumpah, jadi pasangan tu rasa tak senang. lepas tu mereka pun buat satu tempat khas untuk  bapa mereka makan di luar rumah. senang nak cuci la kot. anak-anak pasangan itu nampak apa yang mereka buat pada atuk mereka. tidak kah itu suatu yang tidak elok? kita sebagai ibu bapa harus memberi contoh yang baik, bukan seperti pasangan di atas.

Penuaan Fizikal

1) Kulit

Apabila usia meningkat, garis-garis halus dan kedutan mula kelihatan di muka leher dan badan. Keduta dan garis Halus muncul kerana penipisan dan kekeringan kulit yang kurang kenyal.

2) Mata

Penuaan di mata akan menyebabkan tahap penglihatan kurang seperti rabun dekat. kebiasaannya orang yang usia meningkat yang banyak menghadapi maslah rabun dekat.

3) Deria pendengaran, rasa dan bau

deria-seria ini akan kurang memberi tindak balas apabila usia sudah meningkat.

4) Sendi, tulang dan otot

Peningkatan usia akan melemahkan otot, kehausan sendi jika anda kurang bersenam. kann, tenguk, bersenam itu penting. heheheh..kan da membebel (kepentingan senaman ). kemuadian, osteroprosis pun berlaku. tulang tulang semakin rapuh dan mudah patah

5) Jantung

Kekenyalan salur darah akan berkurang, fungsi dan keupayaan jantung untuk mengepam darah juga akan berkurang

6) Sistem penghadaman

akan menjadi semakin lambat. dan tahap metabolism akan semakin menurun

7) Sistem pundi kecing

mereka yang sudah meningkat usia, akan mengahadapi masalah kurang upaya mengawal pengeluaran kencing.

Petua menghadapi Proses Penuaan

Petua nya sangat senang dan mudah.. AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.. itu la kuncinya.. macam mana?

  1. makan makanan seimbang
  2. mengekalkan berat badan idela
  3. bersenam selalu
  4. jangan merokok
  5. menikmati kehidupan yang kirang tekanan
  6. banyakkan amal ibadat
  7. Luangkan masa bersama keluarga
  8. selalu beriadah dan melancong

Saya adalah pengedar Shaklee yang Sah

Nadia Majid

Id Shaklee: 1068003

No tel/ Whatapps : 0199728071

fb page: www.facebook.com/ceriavitaku