Pages

Friday 22 January 2016

Nak cantik tapi pemalas nak MAMPUS

Assalamualaikum semua

hehehehe, bertemu lagi bersama cik na. Yeay!!!! tajuk kali ni special untuk korang yang memang malas tapi nak cantik (macam cik na la) pemalas yang terlampau. Kalau rajin pun kan, sekejab je, paling lama bertahan sehari. tsk tsk tsk tsk, kritikal dah cik na ni kan. korang ada macam cik na tak?

Jangan tau jadi macam cik na ni. Kita nak cantik kena rajin buat masker, bersenam, jaga pemakanan. Banyak segi yang perlu dititiberatkan.

Disebabkan cik na ni berapa rajin dan pemalas la jugak. huhuhu. So cik na nak kongsi dengan korang macam mana cik na jaga badan supaya sentiasa slim.

Rahsia Terbokar bagi Pemalas yang Nak Cantik


Kita biasa didedahkan jika ingin cantik perlu rajin, displin dan komited. Tapi kalau bagi pemalas yang nak rajin bagaimana?

Cik na buat entry ni bukan untuk bagi korang lagi pemalas. Bukan. Cik na cuma nak share je apa yang cik na buat untuk jaga badan.

Cik na datang dari keluarga yang agak kurus. susah nak gemuk. tapi bukan semua ahli keluarga kami kurus keping. Ada juga yang berisi dan boleh dikategori gemuk. Bila macam ni, cik na takut la badan cik na mudah naik. Yes memang betul badan cik na mudah naik dan mudah turun. Tapi kalau pemakanan tidak dijaga naik jela mudah kan turun tak pun.

Rahsia cik na terletak pada pemakanan (quantiti dan qualiti). Korang tahu kan apa beza kuantiti dan kualiti? kuantiti merujuk kepada jumlah, dan kualiti menunjukkan kepada perbezaan sesuatu. Kuantiti makanan yang diambil dan kualiti makanan tersebut.

Cik na duduk di hostel/kolej agak susah nak dapat makanan yang betul2 seimbang. Kiranya rendah kandungan lemak, guna olive oil dan macam-macam lagi la. Apa yang ada jual di cafe yang tu lah cik na makan. Masak tu kekadang je bila dekat kolej,

Kebiasaannya setiap hari cik na hanya beli makanan sekali. Makanan itu adalah nasi, ayam/ikan dan sayur. Nasi tu selalu minta banyak sebab cik na akan bahagikan makanan yang dibeli kepada dua. Biasa cik na beli masa makan tengah hari. Bila bahagi 2, satu untuk lunch dan satu untuk dinner. Untuk breakfast cik na hanya ambil Energizing soy protein. Penting tau untuk cukupkan waktu makan kita ni.

Bagi yang memang suka makan nasi , yang ni lah cara yang terbaik. tetapi hasil agak lambat. Kalau nak cepat exercise ye.

Bagi kualiti makanan tu pula, makan makanan yang high kualiti. Maksudnya segar dan organic. Yang ni penting. tapi cik na hanya boleh pentingkan kualiti bila berada dekat rumah lah. sebab sayur tanam sendiri, ikan abah tangkap dan ayam makan ayam kampung sendiri bela. So, memang makanan tu fresh dan tanpa sebarang suntikan, bahan kimia.

Yang ini sahaja yang cik na dapat kongsikan dengan korang. Semoga perkongsian ni amat membantu korang dalam menjaga badan. Kalau nak cepat, boleh amalkan apa yang cik na kongsi dan tambah dengan exercise ye. Cik na pernah cuba seminggu je dah nampak kesan. cik na jaga pemakanan, exercise, minum Cinch shake dan tea mix, memang sangat membantu dalam membuang lemak-lemak yang degil dan tidak diperlukan oleh badan( lemak berlebihan ).

Sekian, terima kasih
Nadia Majid