Pages

Tuesday 24 February 2015

Penangan Cuaca Panas Melampau

Assalamualaikum semua,

Perasan tak korang, sekarang cuaca panas sangat-sangat. Cik Na rasa panas sangat cuaca dekat UPM ini. Duduk dalam bilik berkipas pun rasa macam berwap. Tak tahan kot. huhuhu. Sekarang adalah masa Malaysia mengalami cuaca panas melampau. Sebenarnya, sama ada kita tahu atau tidak cuaca panas melampau boleh mengundang pelbagai masalah.

Tanda-tanda dan kesan kepada Cuaca terlampau panas




Tanda-tanda keletihan haba

 Tanda-tanda ini adalah reaksi bada kita terhadap perubahan sekeliling. Bila cuaca panas, badan akan memberi reaksi sama ada baik atau buruk sama juga bila cuaca sejuk. Di Malaysia ini, kita biasa lihat orang akan ramai dekat klinik bila masa musim hujan dan panas kerana mereka mengalami demam. tak kira lah orang dewasa ke kanak-kanak ke. Bila badan kita tak cukup sesuai pasti akan beri reaksi yang berlainan. Bila cuaca panas melampau kita akan mengalami KELETIHAN HABA

  1. Loya
  2. Muntah
  3. Keletihan
  4. Kelemahan
  5. Sakit kepala
  6. Kekejangan otot
  7. Sakit dan pening

Kalau kita alami macam Cik Na senaraikan tu, maksudnya kita sedang melalui KELETIHAN HABA. Ni cuma tanda-tanda awal je tau. Yang lagi bahaya ialah pasal Strok Haba.

Strok Haba

Strok Haba berlaku apabila paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 celcius. Tinggi tau tu sebab suhu normal badan kita ialah 37.0 celcius. Strok haba ini terjadi kerana badan kita tidak mempunyai air yang secukupnya dan melakukan dan meluangkan masa yang panjang di luar rumah. Seeloknya apabila kita berada di dalam rumah bagi mengelakkan terjadinya strok haba.

Bagaimana nak tahu jika kita terkena strok haba atau tidak

 Terdapat kriteria atau ciri-ciri jika seseorang mengalami masalah strok haba
  1. Tidak berpeluh walaupun berada di bawah panas matahari
  2. Suhu badan naik mendadak
  3. Kulit bertukar menjadi merah dan kekeringan akibat kekurangan air dalam badan
  4. Sukar bernafas
  5. Mengalami halusinasi
  6. Kurang daya tumpuan
  7. Sawan
  8. Koma

 

Cara mengelakkan daripada mengalami strok haba dan keletihan haba

Cik Na nak kongsikan cara bagaimana nak mengelakkan sebarang masalah kesihatan semasa musim panas ni. Salah satuya,

Minum air secukupnya

Kita perlu memastikan air dalam badan cukup supaya suhu badan kita di paras yang normal. Kalau badan tak cukup air, itu yang menyebabkan suhu badan naik. Minum air sebanyak yang mungkin. Jika sebelum ini kita minum 3 liter air sehari, musim panas ni kita up kan sikit jumlah air. Ini kerana badan kita terhidrasi. Minum air masak banyak-banyak tau. Jangan lupa.

Minum air secukupnya juga mampu menghindarkan kulit daripada kering. So, sesiapa yang menjaga kulit tu, minum air banyak-banyak ye. Kalau nak kulit kedut seribu dan hilang keremajaan dan kelihatan kusam dan kekeringan, kurangkan lah minum, kalau itu yang kita nak lah

Pakai payung atau topi jika berjalan dekat tempat yang tiada bumbung

Pakai payung dan topi mampu menghalang daripada terik panas matahari terus ke kita. Selain itu, boleh mengelakkan daripada kulit burn. Siapa nak burn? Of coz la kita tak nak kan. Cik Na dekat kampus memang akan pakai payung, mengelakkan panas dan menjaga kulit. heheheheh. Cik Na ni perempuan memang kulit itu penting, nak putih je namo namo gelap2 ni. hahahahahaha. Kalau namo gelap pakai payung ye atau topi.

 Mak Cik Na selalu cakap pakai topi kalau keluar ke panas bagi kepala tu tak kena pakai direct ke terik matahari takut demam. Musim panas terlampau memang ramai orang akan demam lebih-lebih lagi kanak-kanak kerana mereka lebih terdedah untuk bermain di luar. Ibu-ibu di luar sana jaga anak-anak, jangan bagi main panas nanti demam.

Lebihkan masa di dalam rumah

Musim-musim panas gini, jangan la selalu sangat buat aktiviti di luar. Tapi itu tak bermaksud kita tak boleh langsung menjalankan aktiviti riadah yang sihat untuk kesihatan. Buat la aktiviti tu di dalam rumah. Bagaimana? boleh pergi workout dekat gym ataupun bersantai depan tv bersama family pasang video senaman kan boleh berpeluh dan sihat.

Tapi kalau degil jugak, nak main dekat luar jugak. Main lah minum air bebanyak tetapi banyakkan berada di tempat yang teduh. Kalau degil jugak? hmmm, Cik Na tak tahu lah nak cakap apa. Macam ni lah, kita beriadah di luar rumah untuk sihatkan? kalau kita beriadah di luar untuk sihat tapi kita dapat sakit terkena strok haba, sihat ke? tak kann, alaaaa. sekejab je, nanti musim panas dah berakhir, main lah dekat luar sepuas-puasnya ye.

Elakkan minum minuman berkafein dan bergas

Elakkan minum tapi tak bermakna tidak boleh minum. Kalau kita setiap hari kena juga minum kafein, kalau tak minum boleh kena sawan ke, minum lah sekali sehari. Limitkan dan jangan lebihkan. Kita tidak digalakkan minumkafein sebab kafein tidak bertindak untuk melembabkan kulit malah menyebabkan air dalam badan berkurang. Sebab itu, lebih elok minum air masak.

Kalau air bergas pulak mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Bila kita minum air kandungan gula tinggi, kita akan menjadi semakin haus dan tidak elok untuk badan. Kita perlu minum minuman isotonik. Tapi di pasaran kebanyakkan ( rasanya semua kan? tapi tak tahu lah )minuman isotonik bergas. kalau bergas kandungan gula tinggi. Macam tak elok je kan.

Minum Performance Drink

Performance drink ini adalah minuman berisotonik yang tidak bergas dan tidak bergula. nak tahu tak pasal performance drink ini? Macam yang Cik Na cakap tadi, kurang gula dan tidak bergas. Sesuai untuk semua peringkat umur tapi tak boleh lah bagui dekat baby ye. bagi baby susu ibu, ibu minum performance drink. Susu banyak, badan cergas, ibu gembira anak riang. hehehehehehe.Kalau yang nak exam besar macam upsr, pt3 dan spm kan tidak digalakkan minum minuman bergas.(saya memang tidak minum langsung lah ) tetapi mereka memerlukan minuman isotonik bagi memastikan semua nutrien dan mineral dalam badan cukup. Oleh itu, Cik Na cadangkan ibu bapa bagi anak-anak mereka performance drink ini.

Minuman isotonik sangat-sangat diperlukan kita di musim-musim panas ni kerana minuman ini berfungsi sebagai menggantikan mineral dan nutrient yang hilang dari badan dengan cepat. Oleh itu, kita kurang merasa penat dan haus. Performance drink mempunyai kadar natrium yang dangat rendah tau.  So, penyerapan cecair dala tubuh dipercepatkan dan rasa dahaga itu dapat diatasi

salam sayang,
cheerful blogger dan SID Shaklee
Nadia Majid
whatsapp: 0199728071