Cara memilih produk penjagaan wajah yang betul
Setiap orang
inginkan kulit yang sihat gebu lembab terutama pada kulit muka. Pelbagai jenis
dan jenama produk penjagaan wajah yang ada di pasaran. Boleh pilih sama ada
ingin produk keluaran tempatan mahupun luar Negara. Tetapi bagaimana hendak
membuat pilihan tepat dalam memilih produk penjagaan wajah? Sebelum itu, cik na
akan senaraikan kesan yang terjadi pada wajah anda jika tersalah memilih produk
penjagaan wajah
- Kulit mengelupas
- Kulit kering
- Kulit berjerawat batu
- Kulit bernanah
- Kulit kemerah-merahan
Situasi seperti
diatas akan dihadapi oleh anda jika tersalah memilih produk penjagaan wajah.
Wajah merupakan suatu eset yang penting bagi wanita dan juga lelaki. Oleh hal
yang demikian, ia perlu dijaga dengan baik sekali.
Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pemilihan
1- Mengkaji dahulu jenis wajah anda
Kenali jenis kulit anda sama ada kering, berminyak
ataupun kombinasi. Kenali jenis kulit adalah langkah yang paling utama sekali.
Jika anda kulit jenis kombinasi tetapi anda memilih produk kulit kering maka
kulit akan menjadi kering.
2- Mengetahui keperluan kulit anda
Periksa apa yang kulit anda bermasalah, jika kulit
anda jenis berminyak maka wajah anda mudah untuk menghadapi jerawat, namun
jerawat pun ada beberapa jenis. Oleh itu penting untuk ketahui apa keperluan
wajah anda.
3- Menkaji dahulu produk yang diingini
Selepas mengetahui apa jenis kulit anda pasti sudah
jumpa produk yang bersesuaian. Namun, pelbagai jenis dan jenama yang anda perlu
teliti. Jika produk tempatan tidak bermaksud tidak bagus dan jika produk luar
Negara tidak bermaksud. Pertama sekali anda perlu lihat kesan buruk apabila
menggunakan produk tersebut. Bukan apa produk bukan tidak elok tetapi apabila
anda teliti dahulu apa penyebab kegagalan mendapat wajah yang sihat dengan
produk tersebut. Oleh itu anda akan tahu yang mana elok dan yang mana tak elok.
Harus diingatkan bahawa setiap pemilihan produk
penjagaan adalah risiko anda sendiri. Tidak semestinya jika ia elok untuk rakan
anda harus elok untuk anda. BERHATI-HATI dalam memilih produk penjagaan wajah.
Dan INGAT dan TAHU apa risiko yang anda akan dapat sama ada positif atau
negative
Jika anda bertanya pada cik na apa produk yang
dicadang kan, cik na Cuma menggunakan nutriwhite. Nutriwhite adalah produk yang
agak terkenal. Dan ramai yang telah memberi testimoni yang berpuas hati selepas
memilih produk ini.Jika anda mempunyai kulit kering /berminyak. Enfuselle
adalah pilihan yang terbaik yang memang khusus untuk jenis kulit itu. Tetapi
jika anda masih ingin mencuba nutriwhite apa salahnya. Cik na akan bagi tahu
bagaimana cara pemakaian bai kulit kering dan kulit berminyak.