Kenali penuaan dari struktur kulit
Penuaan
adalah sesuatu yang paling ditakuti oleh wanita yang menjaga penampilan. Namun
penuaan tidak dapat dihindari tetapi dapat dilewatkan. Oleh itu, kita perlu
mengetahui secara detail bagaimana penuaan ini berlaku.
Mari kita kenali struktur kulit kita untuk pencegahan awal melambatkan proses penuaan
Struktur kulit
Kulit
terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan yang paling luar dikenali sebagai
epidermis, lapisan tengah dikenali sebagai dermis dan lapisan dalam. Setiap
lapisan mengandungi organ yang berbeza dan fungsi yang berbeza.
Mari kita
kenali setiap satu lapisan kulit dengan lebih detail
Sumber: google
Epidermis.
Epidermis
adalah lapisan luar kulit yang mana lebih nipis berbanding lapisan lain.
Lapisan inilah yang berada dipermukaan kulit. Di lapisan ini terdapat sel
kulit, pigment dan protein.
Dermis
Lapisan
dermis adalah lapisan tengah yang mana adalah lapisan yang paling tebal
berbanding dengan lapisan yang lain. Di lapisan ni terdapat saluran darah, sel
‘nerve’, folikal rambut dan ‘oil gland’. Lapisan dermis ini membekalkan
nutrient bagi keperluan epidermis.
Lapisan dalam
Lapisan ini
adalah yang paling dalam yang mana mengandungi ‘sweat gland’, saluran darah dan
lemak.
Sumber: google
Lapisan-lapisan
di atas dihubungkan oleh ‘connective tissue’ dengan ‘collagen fiber’. Fungsi
collagen fiber adalah untuk menyokong struktur kulit kita. dan elastic fiber adalah
berfungsi untuk menyokong anjalan dan kekuatan struktur kulit.
Tahukah
anda bahawa kalogen dan protein adalah sangat penting bagi struktur kulit yang
utuh.
Bersambung . . . . . .