Pages

Thursday, 26 February 2015

Jimat SERIBU Ringgit dengan penapis air

Assalamualaikum semua,

Entry kali mengenai jimat seribu ringit. apa yang seribu ringgit tu? alaaaaa, jap lagi kita citer ea. Cik Na nak bercerita pasal benda lain dulu ye. Kalau kita nak cerita kena lah mula dari awal sampai habis kan. Yang jimat seribu ringgit tu adalah bahagian z nya. So, kita kena mula dari a dulu ye.

Cik Na sekarang sedang belajar dekat salah sebuah IPTA dekat Selangor ni. Sebelum ini, memang ada catuan air, kami ni sanggup berangkut beli bekas air besar dari bandar sampai ke kolej naik motor. Banyakkan lah, Cik Na yang duduk belakang sambil pegang 4 bekas air terasa nak melayang-layang nak terjatuh dari motor pun ada. Beria betul persiapan nak hadapi catuan. Maklumlah perempuan banyak guna air.

Pernah sekali tu, dekat kolej Cik Na, air kopi ke air teh beng kuar dari paip lama juga lah selama beberapa hari. Cik Na sanggup tak mandi (hehehehe. hal yang dah lepas jangan dikenang). Air terlampau kotor shingga tak lalu nak mandi. Last2, beli air mineral botol besar, guna jimat-jimat boleh lah tahan beberapa hari.

Sekarang pun masih kadang-kadang air bersih kadang-kadang kuning. Memang stock air bersih sentiasa ada dalam bilik. Takut keluara air teh beng memang tak mandi lah jawabnya Cik Na. Sekarang ini, masalah yang Cik Na hadapi ialah tak ada tempat nak masak air. huhuhuhu. heater Cik Na pecah. Duit biasiswa tak masuk lagi. So bergantung pada duit parent jela. Memang jimat sesangat-sangat da. Sebab tu sampai heater pun tak beli lagi. tunggu duit masuk lah.

Setiap hari Cik Na akan beli 2 botol air mineral 1.5 liter. Rm 2.20 satu. Setiap hari tau dengan ketidakcukupan (hahahaha, buat perkataan sendiri.. tapi korang paham kan? ) duit memang beli sampai 5 ringgit sehari hanya untuk air minum memang agak mahal. Terus Cik Na terdetik dalam hari.

Kalau aku beli penapis air kan bagus. Yela bukan Cik Na selalu bancuh air panas pun. Cik Na suka minum air kosong yang bersuhu bilik. Jika dibandingkan beli air mineral yang setiap hari habis 5 ringgit. Perhhhh, bankrup aku ini.

Bila survey dan cari-cari, banyak-banyak penapis air, Cik Na berkenan juga dengan produk Shaklee. Bukan sebab Cik Na ni SID tapi Cik Na pusing-pusing, cari-cari, tenguk sini, buka sana, penapis air Shaklee jugak lah yang memenuhi kriteria Cik Na. Jenuh dah duk kelebet se se, akhirnya Shaklee tetap di hati. Lepas masuk duit biasiswa ni, terus nak beli penapis air ini. Penapis air ini dikenali sebagai Water Pitcher. Nak tahu tak apa ciri-ciri kelebihan water pitcher yang buat Cik Na nak sangat tu ada.



Water Pitcher

Penapis air paling ringan
Set lengkap Water Pitcher

Kelebihan Water Pitcher

Gambar di atas itu merupaka set untuk satu water picher. Tenguk jangan tak tenguk. Water pitcher ini datang dalam bentuk jug je. Mesti korang ingat penapis air yang besar jabak tu kan. Hehehehehe. Takkan lah Cik Na nak bawa penapis air besar gabak letak dalam bilik kecil Cik Na ni. Nak letak dekat mana pun tak tahu. Tak muat kot. Water Pitcher ini hanya bersaiz jug je. Tak ade lah jug kecil jug besar jugak lah tapi ok lah. YES! dah memenuhi kriteria yang Cik Na perlukan iaitu bersaiz seperti jug. Tak boh eh besar-besar sangat. Cik Na minum sorang je.

Set ini disertakan sekali dengan kelonsong isian semula. Dari gambar dekat atas, yang sebelah jug tu. yang macam botol comel tu, haaaa, yang tu lah kelongsong isian semula. Kenapa ia digelarkan kelonsong isian semula? Kerana fungsi dia lah.

Kelonsong Isian Semula


Isian semula sangat super duper jimat. Tak perlu duk beli banyak-banyak kali. guna banyak-banyak kali lagi best. tak rosak pun. tak bagi apa-apa kesan kepada kualiti air pun.

Water pitcher dalam sekali dengan jug, kelonsong isian semula dan yang paling best dan jimat SERIBU Ringgit ialah THE CARBON-BLACK FILTER. Nak tahu yang mana? alaaa yang macam batang berwarna hitam tu. Dalam set ini, ada 4 carbon filter tau.

Ok, tajuk kita kali ini, jimat SERIBU ringgit. Jika Cik Na kata yang carbon filter ini lah yang membuatkan kita boleh jimat seribu ringgit. Percaya tak? Kalau tak percaya Cik Na, kita buat kira-kira ye.

Air botol mineral 1.5 l = Rm 2.20 sebotol
Setiap hari, 2 botol air mineral 1.5 L
Rm 2.20 x 2 = Rm 4.40

1 carbon-black filter boleh menapis 303 liter sama dengan 202 botol air mineral 1.5 L.
Jika kita darabkan 
202 botol x Rm 2.20 = Rm 444.40

1 Set water pitcher ada 4 carbon-black filter
Rm 444.40 x 4 = Rm 1,777.60
Harga 1 Set water pitcher hanya Rm460

Rm 1,777.60 - Rm 460.00 = Rm 1,317.60

Boleh jimt sebanyak Rm 1,317.60. Sangat berbaloi, siapa je tak nak jimat kan. Kalau boleh jimat lagi banyak lagi lah kita suka kan.

Tak menggunakan elektrik pun tau. Boleh bawa kemana saja nak picnic ke nak melancong ke nak jenjalan ke. sebab tak payah nak cari plug. jimat wang dan jimat tenaga. 2 in 1 tau uolll.


Dari penerangan panjang lebar (hehehehehe), korang tahu kan apa yang Cik Na nak. takpe. Cik Na akan senaraikan apa yang diperlukan dari penapis air oleh Student U. yela Cik Na ni masih student. keperluan perlulah macam student. tak mampu eh nak lebih-lebih =)

Kriteria penapis air untuk Student U 

  1. bersaiz kecil atau bersaiz jug
  2. boleh menggunakan semula
  3. Penjimatan berganda
  4. Tidak menggunakan elektrik
  5. Mudah untuk disimpan
  6. Mudah untuk dibawa ke mana saja
  7. Tahan lasak
  8. Long lasting

Cik Na student U, yang inilah ciri-ciri utama yang student cari punya. Kiteorang ni bukan ada rumah sendiri, hanya menyewa bilik kolej. bilik pun tak ada lah besar mana, boleh lah nak hidup seorang kan. So, memang Ciri-ciri yang terdapat dalam Water Pitcher sangat-sangat memenuhi keperluan kami

setakat ini sahaja untuk hari ini ( hari yang sangat-sangat memenatkan untuk Cik Na. ke hulur ke hilir walaupun di minggu pertama sem )

Salam Sayang

Cheerful blogger and SID Shaklee
Nadia Majid
Whatsapp: 0199728071