Masalah Batu Karang dan Cara mengatasinya
Assalamualaikum semua
Kali ini kita bercakap mengenai batu karang. Apa yang orang biasanya tahu mengenai batu karang? Batu Karang adalah penyakit yang mana terdapat batu di dalam pundi hempedu, pundi kencing, saluran kencing, buah pinggang dan perut. Batu karang itu boleh bergerak-gerak dan boleh menyekat air kencing. Apabila batu krang menyekat air kencing, seseorang pasti akan merasa sakit ketika ingin membuang air kecil.
Batu karang dikenali sebagai "Nefrolitiasis" atau dalam istilah perubatan adalah "Kalkulus". Batu karang terhasil daripada pemendapan hablur garam kalsium, uric acid dan beberapa zat lain dan membentuk seperti ketulan batu. Size yang terbentuk adalah tidak sama. Jika semakin lama di dalam badan dan tidak dicegah, batu karang boleh menjadi sebesar bola golf. Cuba bayangkan betapa besarnya bola golf itu dan itulh saiz batu karang yang ada dalam badan kita. Tak rasa ngeri ke? tak rasa takut ke? Kebanyakkan batu karang membesar dalam ginjal dan bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing. Di saluran kencing itu, batu karng akan membesar . Semakin besar batu karang itu, semakin sukar pejalanan air kencing. Gangguan perjalanan air kencing dapat mnegakibatkan bakteria merebak. Apabila bakteria merebak akan mengakibatkan kerosakkan ginjal jika tidak dirawat dengan segera.
Punca-punca peyakit batu karang
1) Kurang minum air
Pentingnya minum air yang secukupnya adalah memastikan air kencing tidak pekat. Sekiranya air kencing pekat, maka kandungan gram, kalsium dan asid uric adalah tinggi. Bila tinggi kandungan tersebut maka batu karang lebih mudah terbentuk. Jadi minum air secukupnya tau. Jangan malas nak minum aior sebab malas nak pergi tandas. Itu perkara normal untuk pergi tandas untuk membuang, Jika tidak pergi ke toilet tu adalah tidak normal.
2) Sejarah keluarga
Jika kalangan ahli keluarga kita mengidapi masalah batu karang, maka dengan itu ita turut berpeluang untuk mendapat batu karang juga. Kalau macam ni kan, lebih baik kita lebih berhati-hati dan menjaga pemakanan kita dan tahap kesihatan kita supaya berada di tahap yang memuaskan. Lakukan pemeriksaan sentiasa dan yang paling penting, MINUM AIR SECUKUPNYA.
3) Umur
Umur juga memainkan peranan penting Hal ini kerana orang yang berusia 20 tahun sehingga 50 tahun. Tetapi ada juga yang saya baca mengatakan orang yang berusia 30 tahun hingga 50 tahun berisiko mendapat batu karang. Jika kita berada di kalangan usia ini lebih elok kita lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan diri.
4) Jantina
Kajian menunjukkan bahawa lelaki lebih berpotensi untuk mendapat batu karang berbanding wanita.Hal ini adalah kerana gay hidup yang diamalkan oleh lelaki. Selain itu, otot yang rosak setiap hari menyebabkan pembuang metabolism dan kecenderungan pembentukkan batu karang. Dan juga stuktur urin yang complex daripada wanita turut menjadi sebab lelaki mudah mendapat batu karang.
5) Penyakit tertentu
Terdapat beberapa penyakit yang berisiko untuk pesakit turut menghidapi penyakit batu karang. Seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. Selain dua penyakit itu, terdapat satu lagi penyakit yang oleh diwarisi dan dikenali sebagai sistinuria. Sistinuria merupakan masalah penyerapan dan metabolisma asid amino yang terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang
6) Masalah hiperurisemia
Hiperurisemia merupakan kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah. Bagi yang menghidapi ini, kita disaran untuk menjadi lebih peka dengan keadaan kesihatan. Jika hiperurusemia tidak dijaga, penyakit gout jugak akan terjadi.
7) Pemakanan
Pemakan juga perlu dijaga. Ada yang boleh dimakan dan ada yang boleh dielakkan. Untuk pemakanan ini saya akan huraikan lebih dalam cara mengubati
8) Kurang bergerak atau bersenam
Senaman atau pegerakkan penting untuk menjag tahap kesihatan yang baik. Jika kita jarang bersenam dan lebih suka untuk melakukan kerja yang tidak mengeluarkan peluh maka kita lebih terdedah untuk menghidapi masalah batu karang.
Cara mengubatinya
setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah
iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi
memastikan buah pinggang dalam keadaan normal terutamanya mereka yang
mempunyai sejarah keluarga menghidap batu karang. Melalui tiga ujian
berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan dapat dikesan pada peringkat
awal dan boleh dirawat segera.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, anda digalakkan minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing dan elakkan minuman manis terutama air berkarbonat.
Kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan
pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek,
berasaskan tepung gandum, kubis bunga dan pisang dapat mengatasi masalah
ini.
Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat serta banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
Sumber protein haiwan perlu dikurangkan sebaliknya menggantikannya dengan protein tumbuh-tumbuhan.
Rawatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan kes itu. Jika
batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka ubat yang diambil dapat
mengelakkan masalah ini berulang.
Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat
kajian supaya para doktor dapat menentukan punca terjadinya batu
tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan perubatan.
Selain itu, anda juga disyorkan untuk mengambil SET BATU KARANG SHAKLEE