Pages

Sunday 28 February 2016

Jom jadi 25 tahun lagi muda, Part 1

Assalamualaikum semua,

Cik na nak kongsi pasal rahsia keremajaan lah. Korang minat tak nampak muda dari usia sebenar? Sebenarnya kan ramai je cari pelbagai petua cara untuk kelihatan muda dan jadi muda. Lelaki dan wanita semua sama keinginan untuk kelihatan muda ni.

Ingin muda atau jadi muda adalah dua perkara yang berbeza. Ingin muda merujuk kepada perasaan seseorang untuk kelihatan muda dari segala segi seperti cara permakaian, cara berkomunikasi, citarasa dalam makanan dan pelbagai lagi. Manakala jadi muda adalah sesuatu yang menjadikan seseorang itu kelihatan muda walaupun umur sudah pertengahan. Jadi muda tidak mengubah semua hanya untuk kelihatan muda tetapi cara mereka pemikiran mereka gaya hidup mereka yang menjadikan mereka muda. korang dapat tak maksud yang cik na terangkan ini? harap korang dapat lah ea.

Aspek yang penting untuk jadi muda dan kelihatan muda adalah keadaan kulit kita. Kadang-kadang seseorang itu mempunyai kulit yang licin dan lembut je walaupun dah berumur. Keadaan kulit kita penting tau. Bila sentuh mengenai kesihatan kulit, keanjalan kulit, keremajaan kulit kita akan terus terpikir mengenai antioksidan. Betul tak?

Seperti sedia maklum, antioksidan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keanjalan kulit dan keremajaan kulit. Oleh itu, pelbagai produk yang berasaskan antioksidan berada di pasaran. Selain antioksidan, collagen jugak mempunyai peranan yang penting. Tapi kali ni cik na tak nak kongsi pasal kolagen tetapi pasal antioksidan.

Apa yang cik na kongsikan ini mengenai antioksidan yang terbaik punya. Yang dipilih daripada bahan semulajadi yang tinggi antioksidan seperti sayur dan buah. Dan terbukti tau, yang terbaik di antara terbaik dekat dunia ni. Haaaa.


Saturday 27 February 2016

Stress meragut keremajaan anda

Assalamualaikum semua,

Lama cik na tak berceloteh di sini kan. tak pe.rasanya lepas ni setiap hari kot cik na berceloteh. So, korang boleh lah datang blok cik na hari-hari. hehehehe. In shaa Allah. Pelbagai perkongsian cik na akan kongsikan. nak-nak tentang kecantikan haaa. Jangan ketinggalan tau.

Hari ini cik na nak kongsi pasal stress atau dalam bahasa melayu kita panggil tekanan. Siapa sini yang tak pernah langsung menghadapi masalah tekanan? Hurmmmm, cik na rasa macam kalau ada pun 1/100 kalau ada lah. Tekanan ini seawal usia 13 tahun or lagi bawah kita dah boleh ada tekanan. Betul ke?

Bagi pendapat cik na, cik na rasa betul. Sebab murid-murid sekarang dibebankan dengan pendidikan yang mencabar. Cik na dulu pun selalu stress tapi macam okay je lagi. Apabila umur kita semakin meningkat dewasa. Cabaran hidup sangat meningkatkan stress. Iyelah kan, cik na baru je nak melangkah ke alam pekerjaan. Baru okay, bukan dah. Tu pun duk stress cari kerja macam tak ada. Majoriti nak yang berpengalaman. Cik na yang freshly graduate ni tak ada peluang lah. macam mana nak dapat pengalaman kalau tak diberi peluang. betul kan? tapi takpe rezeki Allah yang pegang. yang penting kena berusaha kan

Okay kita sambung ke tajuk kita iaitu "stress meragut keremajaan anda". Cik na akan kongsikan macam mana nak mengelakkan stress dan kalau dah stress macam mana nak mengekalkan keremajaan kita.